SESI PONTENG MEMONTENG

Image may contain: one or more people, people standing, shoes, tree and outdoor

SESI PONTENG MEMONTENG 

Kisahnya, tiga ketul anak jiran aku ni diorang masuk kelas tahfiz setiap hari jumaat pagi. Si Asyira ni datang sekali je masa tu dan lepastu dia ponteng terus. Si Farisya dan Fahrina ni kerja membahan dia je. Hahaha  Padahal si Asyira ni sanggup tunggu lewat petang untuk berbual dengan Risya dan Rina, kerana diorang pulang ke sekolah agama lewat petang. Si Asyira ni pula dia sekolah lain dan memang pulang awal dari diorang.

Paling kelakar bila diorang menganjing si Syira ni "budak ponteng, budak ponteng,budak ponteng!!!". Aku tengok sambil gelak selow-selow je. Aku tanya Syira sendiri kenapa ponteng? Memula dia cakap tak ada tudung lah. Aceceyhh, dia silap besar sebab cakap dengan bekas ketua pengawas sesi petang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda. Hahaha. Aku tanya lagi lepastu baru dia mengaku, dia tak suka ustaz yang mengajar tu sebab dia garang.

Nak dijadikan kesinambungan cerita, masa lepas aku hantar Syira ni balik ke rumah dia, tetiba Risya dan Rina panggil. Rina berkata , "Kak Ain, Rina ada pesanan dekat Syira..Jangan ponteng lagi kelas tahfiz..Nanti kak Ain sampaikan pesanan ni tau dekat Syira". Hahaha. Arghhh sudah!. 

Jenis kak Ain kau ni simple je wahai adik-adik ku. Kalau dah tak nak jangn dipaksa. Aku sendiri cakap dekat Syira, kalau Syira dah tak nak pergi bagitau dekat ibu so nanti tak payah dah bayar lagi yurannya..Tak baik tau membazir. Nak ponteng sampai habis tingkatan 5 pun boleh gitu. Hahaha. Sebab aku dulu pun kuat monteng sekolah agama gak. Hahaha. Punya macam-macam alasan aku bagi. 

Teringat dulu paling menyampah asyik kena tinggal bas sebab ustazah lepaskan lambat. Terus aku cakap dengan parent aku tak nak dah naik bas. Haa, kan dah tak payah bayar yuran. Cuma aku memang kena pandai-pandai sendiri ler balik rumah jalan kaki. Ingat lagi time tu, kena tau "lorong tikus" nak sampai cepat, kena slumber je jalan dengan budak lelaki yang tak kenal sebab takde budak pompuan. Tu belum lagi aku bagi alasan monteng sebab nak tengok Telenovela Rosalinda. Hahaha  🤣 

Its happened again and again! Jangan blame the kids kenapa dia ponteng. Dah kalau kau nampak dia ni memang hyper semacam, malas belajar so kita yang dewasa ni kena tau dia ni bukan budak skema suka baca buku. Find their talent. Cuba suruh buat kerja-kerja lasak dan kerja kemahiran komfom diorang power.

3 ulasan:

  1. Gituhhh..bekas ketua pengawas rupanya seorang Farahain

    BalasPadam
  2. Itu Hungry tu nak jadi anak murid ko Ain hahahahaha....
    Sis ko paling top bab ponteng kelas, bukan ponteng sek hahahaha
    Lari pi makmal, godeh penunu bunsen, nasib baik sekolah tak terbakar hahahahaha

    BalasPadam
  3. Betul. Kita dulu masa sekolah menengah selalu balik lewat lepas tu bas tinggal. Kadang balik jalan kaki. Kadang naik bas awam. Pastu ckp dengan papa tak nak lagi naik bas sekolah. Dah lah sempit struggle nak naik. Pastu balik asyik naik bas awam je. Duit pun mengalir di tempat lain. 😅

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.