I HAD A GREAT WEEKEND @ DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK !!

sheisfarahain di desaru coast adventure waterpark


I HAD A GREAT WEEKEND @ DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK !!

Ya Allah , aku ingin panjatkan rasa bersyukur sangat kerana pada tahun ini , boleh dikatakan tahun cuti-cuti Malaysia aku. Alhamdulilah. Terima kasih tuhan kerana memberikan nikmat ini kepada hambaNya yang bernama Nur Farahain. Aku nak mintak maaf juga kerana posting aku di blog agak berkecamuk juga. Ianya tidak disusun mengikut tarikh dan waktu aku bercuti itu. Hahaha. Setelah aku berpenat lelah mengikuti media trip daripada 12-14 April di Kelantan dan 17-19 April ke Negeri Sembilan , akhirnya pada sabtu lepas aku kembali ke pangkal jalan. Hahaha.


aktiviti disediakan di desaru waterpark

penawar river desaru waterpark

permainan di desaru waterpark

tsunami wave di desaru



Mood yang penat masih belum hilang , aku sempat menghabiskan hujung minggu aku ke Desaru Coast Adventure Waterpark . Kebetulan pada ketika itu telah berlangsungnya Splash Festival. Peh, macam-macam aktiiti daripada pagi sampai lah petang dan dah nak tutup pun banyak betul aktivitnya. Masuk-masuk je aku terus menjelajah dulu pusing satu waterpark tu. Cadangan aku masuk-masuk je lebih baik terus main semua splash yang ada dekat situ. Ini kerana untuk mengelakkan que beratur yang terlalu lama. So , aku cuba shipwreck reef splash untuk pertama kalinya. Weh , kemain dasyat juga aku menjerit. Hahaha. Jerit lepaskan rasa ketakukan serta buang semua rasa kepenatan dan stress. Hahaha. Puas sangat! Tak delah basah sangat masa 'terjunan' yang last sekali tu. Next aku cuba Swinging Ship , yang ni tengok dari bawah tak mabuk sangat tapi bila dah start ayunan tu , mampus boleh mabuk juga. Hahahhaa.
kedai makan desaru waterpark

makanan di desaru coast adventure waterpark

pizza di desaru coast waterpark

tempat makan di desaru waterpark



Malangnya , aktiviti aku disini tergendala sebentar kerana hujan lebat serta kilat guruh memancar. Takut betul awak! Sempat time tuh aku membuta 'topup' tenaga kejap. Hahaha. Aku dah tak pedulik dah orang kiri kanan , lena sangat aku membuta dengan kerusi malas. Bila hujan dah reda sedikit, perut pun lapar aku pun pergilah mencekik di Kelong Eatery. Harganya hmmmm standard ler kan harga waterpark katanya. Apa menu yang aku cuba? Aku cuba Turkey Carbonara Pasta dan Pizza Ayam. Aku berpuas hati dengan menu yang dipilih.


aktiviti di desaru waterpark

desaru coast adventure waterpark

desaru coast waterpark

surfing di desaru waterpark




Selepas perut kenyang , aku meneruskan lagi bermain di tidal wave beach. OMG! Seronok nak mati weh wave dia. Patut ler disediakan sesiap safety jacket untuk kanak-kanak dan dewasa. Gelombang ombak dia kemain real woi. Aku yang duduk dihujung-hujung pun boleh tercampak dibawa dek arus air tu. Apatah lagi yang memang berada di tengah-tengah. Hahaha. Kan aku cakap ada Splash Festival kan , so aku join sekali Aqua Zumba yang ada masa tu. Kemain dok berjoget dalam air. Hahaha. Lupa nak cakap , lifeguard dekat sini sangat mesra alam dan protective. Aku sangat puji yang ini. Nak bagitau juga dekat sini changing room serta toilet yang disediakan sangat banyak dan bersih. So , kita tak perlulah nak que sangat . Dekat sini juga merata ada water station , so kalau penat kehausan boleh la refilll air dekat water station yang disediakan. 

sheisfarahain seronok di desaru waterpark

main air di desaru coast adventure waterpark



Oh, kalau nak berangan-angan dan bersantai boleh ler duduk atas pelampung dan biarkan diri itu terapung di penawar river. Aku berangan kemain waktu tu sampai ada seorang lifeguard tu tegur "muka serius sangat" . Hahaha. Aku tengah berangan cari idea okay!  Kan dah cakap lifeguard dekat sini very the friendly. tabik spring dekat pihak Desaru Coast Adventure Waterpark ni. Tambahan lagi , aku rasa kalau yang bawa anak - anak tu komfom diorang pasti seronok. Bila melangkah masuk ke Kids Ahoy , inilah syurga air untuk kanak-kanak. Aku yang tengok ni pun rasa nak join sekali malangnya , aku dah masuk kategori dewasa. Kah!


pintu masuk ke desaru coast adventure waterpark



sheisfarahain di desaru riverside


Kesimpulannya, i had a great weekend! Best sangat walaupun mood penat aku tak hilang kan. Tapi , aku sangat-sangatlah enjoy dekat sini. Aku dah letak video dekat IGTV tu. Sudi-sudikanlah tengok! Pastu share dengan kawan-kawan dan keluarga uolls okay!.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. bestnya ain.. tunggu baby besar sikit la baru gi sini.. baru la ibunya boleh main air jugak nanti.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheheee... aahh tungguu baby besar lerr.... jgn sampai nanti hilang anak. sebab mase ain pegi ni .anak tu g kaunter report xjumpa mak dia sebab mak ayah dia khusyuk bermain.hehehehe.

      Padam
  2. Hahahaha gilerr tak best! Aku yang penjaga bag pun tengok orang jerit macam nak gileee, apa ntah lagi kalau secebis Sis Lin naik hahahahahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahhahahhaa..khennnnnnnnnnn eeee besttt gilerrr woiiiii desaru niii

      Padam
  3. ko da membuang dulu kan lepas makan tu? tiberrr..ahahahahah

    luas gilerr ek tempat dia, confirm enjoy lerr..patut la dak mia tak nak balik...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahhh sangat luasss... membuang? eeeeee tak baik caakap benda x senonoh ..hahahhahaa....

      Padam
  4. Bestnya. Besar tempat dia. Memang duk sini sehari pun tak pa aih hahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.