NOSTALGIA CITARASA RAMADAN
Boleh dikatakan hotel Swiss Inn Johor Bahru ini mempunyai nostalgia nya yang tersendiri buat diri aku. Bersesuaian dengan tema buffet ramadhan untuk tahun ini iaitu , "NOSTALGIA CITARASA RAMADAN" , meh aku story sedikit apakah nostalgia personal experience nya yang berlaku kepada diri aku. Hahaha. Ini merupakan tahun kedua aku pergi media review untuk buffet ramadhan. Tahun lepas , masa aku datang ke sini aku masih malu-malu kucing sangat! Lagi - lagi bila baru sangat berkenalan dengan geng - geng JDT Blogger. Boleh baca review aku tahun lepas yang ini WARNA WARNI AT THE RILEK CAFE SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU
Nostalgia sangat masa tu sebab ada beberapa perkara indah yang berlaku. Masa ni juga aku jumpa my crush! Kahkahkahkah. Teringat waktu tu aku macam OMG! First time ler terpandang dia. Herlok juga mamat ni. Kihkihkih . Tapi sekarang adakah masih menjadi crush aku? Jawapannya tidak. Normal la perempuan suka tengok lelaki herlokk kanz.. Okay its enough talking bout this. Ain , tajuk entri makanan ain.. Tolong jangan melalut. Hahaha. Tahun lepas bertemakan Warna-Warni , which is aku ni memang suka sangat kalerful .. Tap tahun ini pula bertemakan nostalgia. So, aku terfikir juga apa yang nostalgia nya kan ? Aku dapat jawapan tu dari menu-menu yang dihidangkan.
Antaranya ialah Ayam Masak Merah , Ikan Masak Lemak Nenas , dan aku Asam Pedas . Aku panggil ini Asam Pedas 3 Sekawan. Hehehe. Bukan itu sahaja , antara menu yang sangat nostalgik lagi ialah ubi rebus cicah dnegan sambal. Teringat dekat kampung masa zaman mak-mak dulu kan , ubi rebus ni antara menu makanan utama orang dulu dulukan . Selain daripada ubi rebus , yang paling aku suka ialah Sup Tulang Rawan Berempah . Menu yang ini boleh dikatakan menu favourite aku. Ya Ampun , cicah pula dengan roti. Slruppp... Sedap sangat.
Tidak dilupakan juga Laksa Johor . Orang cakap , orang Johor memang tak sah tak cari laksa johor kan. Time-time puasa time tu ler semuanya nak craving. Laksa Johor ni juga merupakan antara killer menu yang ada di sini. Jangan dilupakan juga kambing yang tergolek tu... Namanya Swiss Inn Briyani Kambing Golek. Itu antara menu yang dasyat-dasyat hahaha yang disediakan disini. Tak dilupakan juga pencuci mulut seperti bubur som som . Very the nostalgik kan , dan buah mata kucing. Banyak juga aku rembat buah mata kucing ni sebab aku memang peminat buah ini.Boleh naik hantau makan sorang-sorang tak ajak orang sebelah. Hahaha.
BUFET RAMADAN SWISS INN JB
Tempah awal sekarang!
sehingga 30 April 2019
Tawaran istimewa Beli 10 baucer Dewasa percuma 1 baucer
RM 68 (dewasa)
RM 40 (kanak-kanak) *4-11tahun
HARGA ASAL
RM 98 (dewasa)
RM 50 (kanak-kanak)
untuk tempahan sila hubungi /whatsappp 012 6232190(nurul) atau email nurulaida.hashim@sijb.swissgarden.com
Ya Allah cun pulak gambo secebis Sis Lin tu yaa wakakakakakah !
BalasPadamOii tajuk makanan pun nak buat diari ke haaaa...
menunya nampak menyelerakan
BalasPadampaling kelakar, malam tu sampai umah sis lin ko keluarkan segala buah mata kucing yang ko bawak balik..ahhahahahaha..eh kat umah sis lin ke kat surau swiss inn..hahahahahah
BalasPadam