LAUK SAHUR KU ADALAH LAUK BUKA KU.. - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, May 16, 2019

LAUK SAHUR KU ADALAH LAUK BUKA KU..

Image may contain: food

LAUK SAHUR KU ADALAH LAUK BUKA KU..

 Assalamualaikum. aku tahu ramai yang pening head setiap kali tiba masa nak berbuka dan bersahur. Nak makan apa ehk tak tahu kan. Termasuk la aku sekali memang akan pening head memikirkan apa yang aku nak makan. Tapi , menu untuk 10 ramadhan aku ialah bertemakan lauk sahur ku adalah lauk buka ku. Gituw!

Kenapa?

Kisahnya , aku sebenarnya masa berbuka puasa tu nak masak nasi goreng dengan goreng nugget je. Sekali tangan tu gatal nak letak daun limau purut. Aku tak tahu kenapa aku memang suka betul bau daun limau purut tu. Especially kalau dekat tomyam. Pastu hentam je menumis bagai , sampailah aku nampak dah macam lauk paprik ayam pula jadi nya! Kah! Sempat aku fikir jap , nak ke tak nak jadikan nasi goreng ni , sekali TAK PAYAH LAH! Maka terhasilah nasi putih paprik ayam tanpa sengaja sebagai menu berbuka pada hari tersebut.


Kata nak buat nasi goreng kan , aku masak memang kurang kan air nak bagi nasi tu keras sedikit dan paprik tanpa sengaja tu aku buat pekat sikit. Masa time berbuka tu , mak oi dasyat rasa masin masakan kau cik Farahain. Aku ni tak kuat masin woi. Lepastu cili padi tu kemain berasa pedas. Untuk pengetahuan , keluarga aku memang tak berapa suka makan pedas. Aku ni je yang hantu pedas. Nak tak nak aku memang akan masak masakan yang kurang pedas.

Image may contain: food
sama kan ? tapi tak serupa. HAHAHA.
Lepas dah berbuka , dok tengok ada lagi baki lauk tadi , sayangnya alahai. Sebenarnya sahur cadang nak makan roti bakar dengan telur goyang resepi TELUR GOYANG SIS LIN . Lepas terawih tu siap dah bercadang dah nak singgah kedai beli roti. Nampaknya kena postponed telur goyang itu. HAHAHA. Kita tengok , sahur ramadhan ke berapa telur goyang tu akan muncul. Hahaha.

Kesimpulannya , menu sahur ku ialah hasil recycle menu buka ku. Cumanya , aku tambah air sedikit untuk kurangkan rasa masin serta nak bagi ada kuah sedikit. Aku buat sekali telur mata dan hiriskan sosej goreng menjadi comel -comel gitu. Alhamdulilah , janji perut diisi kan. Jangan tak berisi pula. Cian cacing dekat dalam tu menangis.

Sekian update dari dapur ain kunyah telan untuk anda semua! HARI INI NAK BERBUKA APE? PENING HEAD TAU! 

9 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih singgah ! ๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

      Delete
  2. Sama la..akak pun lauk berbuka yg lebih atau yg dh diasingkan dijadikan lauk sahur..kalau anak x na makan akak gorengkan telur mata..dia senang je..ada kicap ngan telur mata semata je bleh buat makan bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaahhh....lauk kicap telur mata tu yang sedapp .....kadang yang simple tu lerr best kan... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Delete
  3. betul.. sekali je masak. tapi kalau ada permintaan orang sebelah, kenalah memasak. makan biskut cecah kupi jelah...kenyang jugak..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehhhh lama dahhhhh tak makan biskut cicahhh teh o atau pun milo.hehehehhee...

      Delete
  4. Woiiiii cacing pulak yang ko kesiankan yeeee

    ReplyDelete
  5. kita pun macam tu ainn.. kalau ada lauk lebihan buka akan bawa ke sahur.. kalau tak de lebih baru masak yang baru..

    ReplyDelete
  6. Paling senang kannn...ni dah berapa hari sahur roti telur goyang aje hehehe lebih kenyang dari makan nasi ...dan lama rasanya tak makan nasi ni...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.