TIPS BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOTEL DAN RESTORAN

Image may contain: people sitting, table and food

TIPS BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOTEL DAN RESTORAN


Assalamualaikum dan salam Ramadhan hari yang ketujuh. Cepat je masa berlalu. Sedar-sedar dah nak genap seminggu kan. Macam mana bulan Ramadhan korang semua? Aku pula ...alhamdulilah okay je ... cumanya kurang sihat! Tapi , bila dah kurang sihat ini sebenarnya Allah bagi peringatan mungkin. Untuk lebih 'sibukkan' diri KepadaNya.. Aku akui kadangnya aku terlampau mengejar duniawi. 


Alhamdulilah , tahun ni aku sebenarnya banyak mendapat jemputan preview buffet ramadhan. Bukan itu sahaja , pada sebelum puasa lagi sebenarnya dah cakap "Puasa nanti nak stop makan buffet ramadhan..nak banyak berbuka di rumah sahaja" Tapi, apakan daya! Aku lupa pula pada janji kepada diri sendiri . Kihkihkihkih.

Jadinya , sepanjang aku pergi ke buffet ramadhan , banyak sebenarnya pengalaman yang aku dapat. Aku terfikir nak berkongsi di dalam blog ini. Tips berbuka puasa di buffet ramadhan! Selalunya orang sibuk mempromosikan senarai menu yang dihidangkan. Tapi kali ini aku nak kongsikan tips.

  • Ambil buah-buahan terlebih dahulu
Aku perasan semenjak aku mengubah cara pemakanan aku , perut aku dah jarang kembung selepas berbuka. Hahaha. Kenapa sewaktu berpuasa , kita paling tak boleh kawal untuk minum air manis dan cari dessert? Ini kerana gula dalam badan kita berada pada kadar rendah. Sebab tu bila dengar je azan , terus 'saka' nak mintak yang manis-manis. So , pada ramadhan kali ini aku tukar terus kepada buah-buahan. Buah-buahan kan memang dah ada rasa manisnya.(jangan kecam pula cakap "eh, makan kurma dulu la") Ianya bergantung pada tekak masing-masing. Macam aku jujur cakap memang tak boleh nak telan kurma masa berbuka. Kurma dekat rumah aku tu biasa nya akan dibuat jus kurma. Habis terus stoknya.

Image may contain: people sitting and food
  • Ambil lauk dengan kadar paling sedikit
Bila dah nama pun buka puasa buffet , semestinya saka dalam badan tak boleh duduk diam. Hahaha. Mesti ler setiap hidangan kita nak cuba rasa. Cadangan aku ialah ambil apa yang kita memang nak makan sahaja. Kalau tekak memang tak makan , tak payah la ambil. Sebabnya kita memang tak akan pernah dapat merasa semuanya. 

  • Sharing is caring
Bila kita ke buffet ramadhan sudah pasti kita datang bersama dengan 'geng makan' kan. So, korang pakat-pakat la siapa nak ambil ni , lepastu bila makan korang kongsi-kongsi. Itu yang selalu aku buat bila pergi review makan dengan geng makan. Korang kena la bagitau dekat geng makan korang apa yang korang suka dan apa yang tak suka. Dari situ , kita boleh bajet-bajet untuk letak portion setiap kali kita senduk lauk yang dihidangkan.

  • JANGAN MEMBAZIR
Amaran keras! Kalau memang sejenis tak makan contohnya tak makan ketam , JANGAN AMBIL LANGSUNG! Aku rasa 'annoyed' gila pada orang yang ambil banyak-banyak pastu tak habis. Paling dasyat tak makan atau tak cuit langsung pun. Aku tahu korang bayar bukan murah , tapi elakkan pembaziran. Setiap kali apa yang korang tak habis tu , korang ingat la orang yang tak mampu untuk makan yang sedap-sedap. 


Pesan aku , makan-makan juga..Jangan lupa apa niat sebenar kita berpuasa..Kenapa kita umat Islam diwajibkan puasa pada bulan Ramdhan....Nasihat juga untuk diri sendiri. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rasa kesyukuran dan kebahagiaan untuk kita semua.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Paling pantang dengan orang yang tamak ambil banyak-banyak lepas tu tinggal

    BalasPadam
    Balasan
    1. khenn... eee geramm tauu nengok makanan tak habiss . 😭😡

      Padam
  2. Meriahnya meja makan awakk...awak makan ape tu hahahaha...
    Paling tak suka amik banyak-banyak macam nasi ambang dalam pinggan..then makan sikit, amik lagi then kenyang, tinggalkannn...
    Tu amalan syaitonnnn.....eeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahaahahhaha.. syaitooonnnn..ain ni sedih tau bile tengok makanan tak habis..

      Padam
  3. kalau awak join akak gi la grandeur senai hari tu, mesti awak dengar pendapat yang lain pulak..hihihi..kami duduk semeja dengan GM dan rakan media lain lepas try buffet ramadhan diorang..then satu point yang akak suka salah sorang rakan media tu sebut:

    "ambil makanan untuk diri sendiri, jangan ambil untuk kawan, sebab biasanya yang macam tu lagi tak habis sebab terlebih portion"

    tapi kalau ain yang amekkan, aku ok je...sebab dia pandai agak portion untuk dua orang yang diet..hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haahhahhaa..sebab saya dah selalu dgn geng makan2. gahahaha. tapi bagus jugak point of view dia ckp tu..sebab dekat meja tu xkenal each other kan.klo mcm kite geng ..dh tau apa yg suke n xsuka.🤣🤣🤣😂😂

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.