GIGIHNYA KAMI DEMI MAKAN BERDULANG NASI BRIYANI

Image may contain: Farah Dinah Hassan, Nur Farahain and Nur Fatihah, people smiling, people sitting, selfie, hat and closeup

GIGIHNYA KAMI DEMI MAKAN BERDULANG NASI BRIYANI


Assalamualaikum. lama juga aku tak menaip di diari online ku ini akuainkausiapa. Entahlah , untuk Ramadhan kali ini sebenarnya aku nak lebih banyak tak nak sibukkan sangat hal duniawi. Aku nak kurangkan nafsu makan berlebih-lebihan. Sebab tu aku kalau ada masa memang lebih banyak memasak di rumah. Pergi bazar pun rasanya sangat kurang pada tahun ni. Cuci mata aje ada lah. Membelinya dah tak macam dulu. Puasa ini sebenarnya banyak melatih diri aku bukan hanya nak beribadah sahaja , tapi lebih kepada mendisiplinkan diri. 

Kadangnya seram bila ingat balik dedulu tabiat pemakanan aku dan keluarga aku. Dengar azan je terus belasah murtabak laju-laju sampai azan belum habis dah melantak roti john atau pun kebab pula. Habis je azan dah masuk menu yang lain. SERAAAAMMMM.. Berpuasa tapi perangai aku dasyat kemain weyh dulu-dulu la. Sekarang , insyallah nak buang terus ler. Sekarang , bila tiba waku berbuka puasa , aku lebih banyak makan dalam keadaaan santai. Aku dah tak nak ler 'sumbat selagi boleh'. Mampus meletop perut ni nanti.
Image may contain: set nasi briyani berdulang

Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting, food and indoor
Alhamdulilah , semalam kami sempat berjumpa. Agak mencabar juga perjalanan kami nak ke The Straits Kopitiam tu. Maklumlah , kami ni dari Johor Bahru nak sampai ke Ulu Tiram sana haaa. Memula aku dengan kak Sunah pergi ke bandar sebab nak ambil hadiah hadiah raya. Lepas tu , ambil fara dan kami terus shoot ke sana.


Aku ditugaskan sebagai penghibur lawak hambar yang duduk disebelah kak sunah yang tengah memandu. Hahaha. Aku check waze sesiap mana yang waze rekomen jalan suruh lalu. Masuk highway pasir gudang mak oi melimpah kereta woi. Tapi , aku dah tengok banyak je keretanya belum tahap kaler merah lagi. Tengok estimate masa 6:30 petang akan sampai. Tup tup sampai awal beberapa minit. Alhamdulilah.

Aku heran juga kenapa sis lin tak sampai lagi sebab dia dari pasir gudang. Hahaha. Rupa-rupanya dia  gatal dok lalu jalan luar which is jalan yang kami lalu tu. Memang ler jalan tu tengah melimpah ruah kereta motor lori semuanya. Tapi bergerak la cumanya biasa ler banyak kenderaan. Gedebak gedebuk tiba lah waktu berbuka puasa.
Image may contain: Farah Dinah Hassan and Nur Farahain, people smiling

Image may contain: mcflurry durian mcd
Demi sedulang nasi briyani , alhamdulilah kami berjumpa juga. Kenyang betul rasanya! Lepas solat tu kitorang sebulat suara menyinggah pula ke McD. Sebabnya Mcd tu betul-betul depan mata je haa. Mencekik kami sorang satu durian mc flurry ais krim tu. Balik rumah semua sedawa bau durian! Hahahaha. 

Terima kasih semua diatas perjumpaan sebelum raya ni! Semoga raya kita semua nanti disambut dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

PSTTT: Sebenarnya....banyak betul cerita-cerita ramadhan aku tak tulis dekat sini. Tolong seru mood menulis aku ni balik yer kawan-kawan semua!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ooo ayat last tu kan...mesh sini Sis ko azankan kat telinga hahahahaha...
    Pelik kenapa gambo aku sekeping je kat sini ermmmmm....

    BalasPadam
  2. Mana gambar awak yang cantik tuuuuuu

    BalasPadam
  3. Wah besarnya dulang nasi briyani tu..mkn dulang sama2 tu sunnah

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.