INI BUKAN FOOD REVIEW , TAPI INIKAN RAYA!
Gais , semenjak aku semakin aktif dalam dunia blogger ini , aku tak nafikan my life memang banyak dihabiskan dengan food review. YES! Sebab tu tak kurus-kurus lagi sampai sekarang. Hahaha. Bila selalu buat food review ini , memang jenis pegang phone mesti nak tangkap gambar makanan. Aku rasa dah lebih beribu kot gambar makanan aku amek.
Best memang best , kadang tu tak ada lah sedap mana makanan tu , tapi mungkin cara kita ambil gambar tu yang buat orang rasa makanan tu sedap tanpa merasa nya dengan lidah. Hahaha.
Ungkep ayam tua! |
TAPI! aku nak tulis ni bukan FOOD REVIEW! Iya , ulang sekali lagi bukan food review okay! Hahaha.
Gigihnya kitorang ambil gambar kemain tau. Dah nama pun bersidang dengan geng-geng makan aku tuuu, harus ler semuanya gigih. So , jumaat haritu Sis Lin memang buat makan-makan dengan geng-geng media . Aku pulak memang check in awal rumah Sis , menolong apa yang patut. Hahaha. (DAPUR RUMAH SIS TINGGI SAMPAI AKU KENA JENGKET , NAMPAK TAK BETAPA KETOTNYA AKU). Hahaha.
Aku tak tahu kenapa , tapi aku rasa masak-masak sambil borak-borak itu rasa bahagia sangat. Sebab aku selalu masak sorang-sorang dekat dapur. Takkan nak bercakap dengan kucing belakang rumah pulak kan. Bukannya dia paham pun. Mungkin dari kecik kot aku selalu teman arwah ibu masak walaupun sebenarnya ibu yang mula-mula paksa aku masuk ke dapur. Dulu ibu selalu pesan , "Ain kena rajin masuk dapur , kena tahu masak walaupun masak yang biasa-biasa dan tak cukup bahan" (rupanya ibu tak lama ada dengan aku, 22 tahun je hidup aku merasa ada dia di sisi) DAH JANGAN NAK FEELING SEDIH PULAK!
Berbalik kepada story , ini bukan food review tapi inikan raya! Selepas Sis bagitahu nak buat makan-makan , aku pun kepoh ler tanya "Sis nak masak ape , nak tolong masak sekali" Tadaaaa, inilah menu-menu hidangannya. Alhamdulilah kenyang sangat.
Sambal Goreng i lioke!! |
Daging Kicap nyum nyum! |
Apa yang paling aku suka teruk? Semestinya kuah kacang. Aku jarang suka nak menambah kuah kacang tapi kuah kacang ni rare betul rasa dia. Jangan dilupakan samba goreng juga (yang ni tak payah cerita sebab aku memang hantu sambal goreng lagi - lagi sambal goreng jawa) . Daging kicap Sis pun i lioke! . Terima kasih Sis buat makan-makan gini , walaupun bukan food review , tapi hiasan dan susunan pinggan dan lauk dah memang macam buffet dekat hotel. Gittew!
Kek Lapis berwarna-warni tu hasil air tangan Selera Sakura |
Amacam raya korang? Masih on ke dah off? Hahaha.
meriahnya makanan
BalasPadamsis lin kalau masak memang sedap.. sayang tak sempat nak singgah aritu..
BalasPadamterlapar dah aku pagi2 nengok ni..belum sarapan lagi ni
BalasPadamni kalau dating, mahu bertambah 2 kg. Makanan raya memang feberetku
BalasPadamsedapnya tgk lauk tu..^_^
BalasPadam