JACK ‘N JILL CALBEE BAKAL MENAWAN HATI KAKI WAYANG JUN INI!

jack n jill callbee

JACK ‘N JILL CALBEE BAKAL MENAWAN HATI KAKI WAYANG JUN INI!

Menangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie, tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak lagi. 


Kuala Lumpur, 14 Jun 2019 – Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.

Pelancaran Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usaha sama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill", dan "Calbee" yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”
 jack n jill callbee
jack n jill callbee
jack n jill callbee
Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8 dan tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.

Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk di talian yang tertera di bawah, atau layari laman Facebook https://www.facebook.com/JacknJillCalbee.MY/ atau Instagram https://www.instagram.com/jacknjillcalbeemy/.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sila edit balik entri ni...gambar tak keluar...huh!!!

    BalasPadam
  2. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.