nampak giler kakak kawasan aku ..diri tengah-tengah dah la pakai SELIPO! |
MAT RI AYE 2K19 !!
Assalamualaikum. Iye , saya tahu lama juga saya biarkan belog akuainkausiapa ini tergantung sepi begitu sahaja! Iye saya tahu raya dah hari keberapa entah ini. Iye , saya tahu mood raya , duit raya , baju raya semua dah habis guna dan habis pakai dan dah habis ootd! Iye , saya tahu rendang , lemang , ketupat , kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya di pandang.. Iye saya tahu semua itu dah pun berlalu begitu sahaja. Maafkan saya kerana dah berbelas-belas hari saya tak bukak dan tak jenguk langsung belog ini.
Kenapa Farahain membiarkan sebegitu? Sampai hati dia kan. HAHAHA.
By the way..MAT RI AYE 2K19! kepada semua yang menyambut hari raya aidilfitri. Hows your raya gais? Aku?! As usual biashebiasheaje. Tak perlu nak berlebih-lebih. Pada aku cukup ada lauk nak makan pagi raya dah bersyukur. HAHAHA. Well , gais kedai makan banyak yang tutup kan. Hahaha. Dikesempatan ini , aku nak memohon maaf seandainya yang mengenali aku secara rapat ataupun tak sekiranya aku terlebih gurau , tersalah cakap dan berkelakuan yang kurang menyenangkan hati..Maafkan saya yer!
So, raya aku tahun ni ape je yang aku buat? Well , sejujurnya hari raya ialah hari yang paling aku tak tunggu tunggu sangat. sorry but that is true. Cukup aku bagitahu a broken family feel its hard to answer the same question. Tapi , untuk tahun ini aku tak ziarah kubur ibu pada pagi raya. Sebabnya aku dah pulang ke kampung sehari sebelum raya. Aku dah bersihkan kubur ibu dari sebelum puasa lagi.
INI LER LAUK MALAM RAYA. |
Kalau dulu , aku paling rasa sebak kalau nak ziarah kubur ibu pada pagi raya. Aku anak perempuan sorang! Orang perempuan ni boleh dikatakan peranan dia banyak dalam membuat keputusan nak masak apa. Aku pernah nangis sorang-sorang masa masak. Kalau aku masak lauk raya , aku suka masak awal-awal pagi dah nak ke subuh pagi raya. Sebabnya aku takut lauk kalau dah lama masak faham-faham la kang sakit perut membuang. Bukan tu aje , bila orang tanya "kau tak balik kampung ke?" Iyelah , beraya dekat bandar apa je rasa kan.
Tapi , demi untuk menjaga HATI DAN PERASAAN ORANG SEKELILING, aku memutuskan untuk GEMBIRAKAN HATI AKU SENDIRI!. So , aku selalu doa masa puasa haritu aku nak happy waktu raya! Aku tak nak RASA PENAT MASAK SORANG-SORANG , NANGIS SORANG-SORANG DEKAT DAPUR. Kau tahu benda tu yang paling sedih sepanjang raya aku selepas ibu pergi.
Alhamdulilah , tahun ini aku tak rasa dah. Sehari sebelum raya ayah aku yang paksa balik kampung.(JUJUR LAH KAN BUAT APA NAK KEEP HIDING THE TRUE STORY). Aku ni sebenarnya paling suka suasana kampung. Sehari sebelum raya tu , aku cakap lah dengan ayah aku nak singgah beli kerepek. Sebab harga kerepek dekat bandar harga YAHUDI. Haa , kemain aku borong woi. Penuh bonet kereta. Hahaha. Kuih raya tak beli pun sebab dapat banyak. Alhamdulilah! Lepastu , ayah aku ajak singgah bazar ramadhan.
Well, nama pun dekat kampung kan. Harga banyak yang murah-murah dan berbaloi. Sempat aku beli murtabak dan roti john serta air asam boi limau dekat situ. Kau bayangkan harga sebungkus air RM 3 tapi gedabak giler size nya. Oh lupa , ayah aku siap beli air soya panas lagi sebabnya dia suka buat air soya cincau. Siap ada stok cincau lagi dalam peti ais. Hahaha.
Malam raya aku tidur di kampung. Kau bayangkan rumah kampung kayu yang very the legend. Bilik air dekat luar. Ade je bilik air dekat dalam tapi lagi syok mandi dekat bilik air luar. Hahaha. Tapi aku okay je, walaupun rasa tak selesa sebabnya rumah lama kan, gatal-gatal pun iye. Tidur bersama dengan lingkaran ubat nyamuk fuh memang rare weyh! (Nasib ler internet aku okay walaupun KADANG-KADANG SENDU TAPI MASIH OKAY LA)
Pagi raya buat apa?
Aku tak pernah rasa semayang raya weh. Sebab orang pompuan kan jarang nak semayang raya kan. This is the first time ever in my life aku pi semayang raya. JAKUN NAK MAMPUS RASA WEYH! Masjid dekat kampung ni pulak siap buat tahlil mampus kematu kaki aku habis pukul 9:30 pagi woi! Dahla aku duduk saf perempuan yang paling hadapan memang tak boleh nak keluar dah kena roadblock. Hahaha. Tersenguk-senguk juga aku nak tunggu sampai habis. DAHLA TAK BAWAK TEPON!
Oh lupa! Aku dah breakfast awal-awal dah lauk raya sebelum pergi masjid tu. Sampai rasa nak terberak masa nak tunggu tahlil tu habis. Hahaha. Balik je dari semayang , aku terus tukar pakai baju raya. Sebenarnya kan, aku memang nak pakai baju warna biru tapi aku rasa nak pakai PINK pulak! Macam aku cakap , tahun ni aku memegang tema GEMBIRAKAN HATI AKU SENDIRI!
Adakah baju kurung aku baju yang baru? TAK! Itu baju aku recycle tahun bila entah aku tak ingat. Untuk pengetahuan korang , dulu-dulu ibu aku akan spent baju kurung yang harga mahal lah juga. Sebab tu aku memang niat malas nak beli baju kurung baru. Sebab baju- baju kurung aku sangat jarang pakai. Entah-entah banyak je yang baru sekali pakai. Tudung pink yang aku pakai itu ialah tudung pemberian kawan aku , which is AKU TAK PERNAH PAKAI LANGSUNG HANYA TERPERAP DALAM ALMARI. Dasyat kan! Sebabtu aku malas gila nak shopping menyoping woi.
Kesederhanaan di hari raya! Itu yang aku pegang insyallah sampai bila-bila. By the way gambar-gambar yang aku letak ni semuanya hasil perangai kakak kawasan aku memaksa cousin-cousin aku bergambar. Hahaha.
Aku rasa cukup lah cerita raya aku! Ini kisah aku. Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan raya! Mat Ri Aye 2K19
Ikhlas ,
Nur Farahain Binti Zainal Abiddin
Samat ari raye, Farahain. Tataw nak sedih atau nak gelak baca cete raya Ain tapi demi gembirakan seorang Farahain, akk nak gelak laaaa. .
BalasPadamKakak kawasan tu anggun sungguh laaa
hahahah meriah oiiii! memula macam sedih, lelama rasa hepi baca....i feel your happiness...gituhhh!
BalasPadamSalam lebaran.
BalasPadamNampak meriah
memahami jugak lah perasaan tu tapi nasib baik belah mak je. Belah ayah meriah lah kesana kesini beraya tapi tak boleh lama sebab nak elak jem. Selamat Hari Raya ainnnn!
BalasPadamSelamat hari raya Ain...maaf zahir batin ...
BalasPadamselamat hari raya awk. meriah je npk raya kt kampung tuu.
BalasPadam