BILA KAU GENG DENGAN MAKCIK MAKCIK
Aku bersyukur sebab dikurniakan jiran-jiran yang baik-baik. Walaupun kitorang duduk di bandar, nama pun Bandar Baru Uda. Hahaha. Tapi, kejiranan aku ni masih lagi mengekalkan konsep bergotong royong , marhaban dan membuat program program kemasyarakatan.Haa, nama pun bila dah geng dengan makcik-makcik , benda paling best bila nak berborak of course bab masak memasak kan. Tempoh hari kitorang adakan gotong royong untuk jamuan hari raya. Walaupun aku tak dapat join jamuan raya nya disebelah malam, tapi aku sempatkan juga diri aku untuk "tunjuk muka" pada waktu gotong royong.
Walaupun tinggal di kawasan bandar, jiran jiran aku ni rajin juga bercucuk tanam sampai ada yang panjang tangan mencuri hasil tanaman diorang. Kes paling banyak ialah curi buah buahan seperti pokok pisang. Sampai hati kan orang penat penat tanam dicuri nya. Paling pelik nya selalu kes hilang hasil tanaman ni akan berlaku sehari atau dua hari sebelum pasar tani hari Ahad. Maksudnya?!?!? Jeng jeng jeng. Jawab lerr dekat akhirat nanti yer!
Oh bercakap tentang hasil tanaman , kebetulan masa gotong royong tu ada yang sedekah serai woi. Segar dari ladang! Katanya!!! "Nah amekkk siapa nak seraiiii....ade lebih banyak nii". Zassss aku pun amek sebabnya aku suka masak tomyam , masak lemak cili padi. Guna serai kan.
Tak cukup dengan itu, semalam ada kenduri tahlil jiran yang meninggal. Bestnya komuniti kejiranan wanita kat sini siap seikhlas hati menyediakan juadah sepanjang kenduri. Jadinya kami berkumpul la. Selepas selesai kenduri tahlil dan selesai makan , ada pula makcik yang bawa daun limau purut segar dari ladang hasil tanaman sendiri. Hahaahahha. Zassss...aku pun amek ler sebab memang selalu nak guna untuk tomyam dan paprik.
Best sangat bila dapat kejiranan macam gini kan..😘
alhamdulillah, rezeki dapat jiran2 best macam tu. kawasan umah saya ramai student, jiran melayu pun kurang sangat, so macam pekan zombi je lah...
BalasPadamDah boleh panggil Makcik Farahain, hehehe
BalasPadambestnyaa boleh hidup berjiran cmtu.. rumah apartment semua balik tutup pintu.. huhu
BalasPadamMakcik Serai ek...hehehehe
BalasPadamalhamdulillah...best wooo...kejiranan akak takde pun macam tu ha...ke aku tak amek tau? hahaha!
BalasPadamseafdhalnya, memang kita yang kena bantu keluarga yang ahlinya meninggal dunia untuk sediakan makanan etc tu kepada tetamu yang datang ke kenduri tahlil arwah...bukan keluarga arwah yang kena keluarkan duit untuk sediakan jamuan...dah la ahli keluarga meninggal, kena pening kepala pulak fikir pasal jamuan kenduri...tiberr aku berceramah tambah serabut kat sini...hahahahha!
apepun, bagus krt bbu ni 👍
bagusnya kejiranan ain.. area rumah akak ni ramai chinese, jiran melayu jauh.. kite pulak kuar pagi balik malam.. memang tak sempat nak campur ngan jiran sekeliling. haha..
BalasPadamBestnya lahai geng dengan makcik2..kite pulak memang sejenis suka berkawan dengan orang tua..hahahaha..best sbb nanti manja, dilayan macam anak2..
BalasPadam