SEDULANG NASI LEMAK UNTUK JIRAN - Aku Ain Kau Siapa

Wednesday, July 10, 2019

SEDULANG NASI LEMAK UNTUK JIRAN

Image may contain: nasi lemak

SEDULANG NASI LEMAK UNTUK JIRAN

Kisah hari ini , aku plan nak membalas dulang yang jiran sebelah aku bagi. Lama dah woi dulang tu dok ada cantik dekat dapur aku. Jiran aku bagi sedulang nasi arab masa bulan ramadhan lagi. Punya lah lama kan sampai dah habis raya kau! Hhahaha..

Makanya , hari ni niat nak masak lebih ler sebagai tanda membalas balik. Nasi lemak. Aku masak nasi lemak semuanya guna pressure cooker. Kisahnya , aku masak sambal dulu sebabnya sambal ambil masa yang agak lama. Lepastu , periuk yang sama aku terug menggoreng sebabnya bila aku letak dalam mode 'stir fry' , hasilnya ayam goreng tu kurang berminyak dan kering. Lepastu aku terus masak nasi , sampai terlupa nak cuci dulu periuk nya. Habis bertukar warna nasi aku . Ini dah macam warna nasi lemak royale dah ni. Hahaha.

Oh ya , aku memang suka masak guna pressure cooker jenama Noxxa. Cepat dan senang! Zassss..dah siap. Tak tahu la rasa apa ehk..

Itu jelah cerita untuk hari ini...

7 comments:

  1. Pehhh... Nak cepat sangat tu sampai lupa basuh periuk, hihi. Tapi orang yg akak beli periuk noxxa ni kata, tak galakkan basuh inner pot tu masa lepas pakai (panas), lagi bagus kalau kita ada extra inner pot. Akk pun dari tahun lps berangan nak beli, sampai skrg tak terbeli.. Hihi

    ReplyDelete
  2. Orang berbudi kita berbahasa
    Orang memberi kita merasa

    ReplyDelete
  3. 👍🏼 terima kasih ain

    ReplyDelete
  4. Perghhh bilalah nak masakkan untuk kita ekk Sunahh....

    ReplyDelete
  5. patut la nampak sedappp nasi lemak tu! kaler dia tu haa mengancam gilerr

    ReplyDelete
  6. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  7. amboi sedapnya..lapar pulak perut kitee petang2 gini..hahaha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.