MUSIM DURIAN OH DURIAN..

Image may contain: serawa durian

MUSIM DURIAN OH DURIAN..

Beberapa hari lepas , jiran sebelah saya yang baik tu telah memberi aku dua biji durian. Aku waktu tu tengah mandi dalam bilik air , terdengar si kecik Farisya tu bagi salam "Assalamualaikum... Kak Ain!". Penyudahnya , abang aku yang jawab salam dan ambilkan duriannya. Malam tu , aku kopek sebijik je duriannya. Mak oi , sedap betul . Hilang terus rasa craving tu. Ingat tak geram ke nengok sana sini orang dok update makan durian. Hahaha. Aku ni dahla kategori hantu durian!

Nak dijadikan cerita , keesokkannya pula aku kopek yang sebiji durian tu lagi , tapi isinya agak kureng sket kalau nak makan gitu. Terus terdetik dihati buat lah serawa durian. Ceh , cara terdetik tu kemain lagi macam pernah buat je kan. Aku pun google ler resepi nya. Oh , SENANG JE RUPANYA! Belagak gile. HAHAHA. Seperti biasa , aku memang suka guna resepi paling simple.
serawa durian
Resepi diambil dari sini : myresipi.com

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji buah durian-di ambil isi nya
  • 1 biji kelapa parut-di perah ambil santannya 1 mangkuk sedang
  • 3 ketul gula melaka
  • 2 gelas air
  • 2 helai daun pandan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak gula melaka dgn 2 gelas air.
  2. Masak santan dgn daun pandan sehingga mendidih,tuangkan air gula melaka dan kacau rata.
  3. Masukkan durian,kacau shingga pekat sedikit dan tutup api.
  4. Dah pun siap...enak di mkn dgn pulut,roti atau mkn begitu aje...
**Aku pakai seketul je gula melaka sebab tak nak terlampau manis sangat , aku pakai santan kotak je. Senang dan cepat! .Hahaha. Ini lah first time aku buat serawa durian. Dasyat betul orang borong gula melaka. Aku sampai pergi dua kedai runcit baru jumpa.
Image may contain: serawa durian

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. sedapnya serawa durian..tapi kat opis ni tak leh abwa makanan berasaskan durian...ramai complain nanti..makan kat rumah jer la..

    BalasPadam
  2. Sedapnya serawa. Makan dengan roti jala pun best nih!

    BalasPadam
  3. Best tu dapat durian buat serawa, makan ngan roti sedap

    BalasPadam
  4. tak sempat merasa serawa durian ainn.. hahaha sebab dah kekenyangan mi rebus..

    BalasPadam
  5. akak dulu pun ingat leceh nak buat serawa durian ni.. tp sekali buat, ehhh senang rupanya.. haha.. makanya tiap kali ada durian lebih akan buat serawa durian..

    BalasPadam
  6. macehhh..da selamat semuanya masuk perut...kucing pun suka buah durian tu...tiberr..hahahaha

    BalasPadam
  7. sedapnya serawa durian.. buat masa ni beli durian habis dimakan begitu saja oleh 2 org budak kemaruk durian.. tak sempat nak mak dia nak membagaikan jadi bubur, serawa mahu pun gula durian..

    BalasPadam
  8. allahu akbar kenapa sedap sangat ni!

    BalasPadam
  9. tengok serawa tu teringinlah pulak

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.