KERANA DIA KAKAK KESAYANGAN KU.. - Aku Ain Kau Siapa

Monday, August 5, 2019

KERANA DIA KAKAK KESAYANGAN KU..

Image may contain: 4 people, including Afzani Tual and Nur Farahain, people smiling, closeup

KERANA DIA KAKAK KESAYANGAN KU..

Ku tuliskan kenangan tentang cara ku menemukan dirimu...tiber menyanyi! 31 julai lepas merupakan hari jadi dia. Saja je aku wish happy birthday sekerat gitu! SENGAJA! HAHAHA. Tapi , hari ni aku dapat idea sikit , why dont aku tulis di blog ni.

Selamat Hari Jadi Kak Sunah Sakura..

Aku tak ada kakak , kehidupan aku memang dengan lelaki. Adik beradik semua lelaki. Aku memang dah biasa kasar , gurau kasar , tak reti nak show off perangai menggedik aku ni . Tapi , untuk sesetengah orang which is kawan-kawan perempuan yang memang rapat dengan aku je , akan terkeluar jugak perangai gegurlzz aku tu. TAPI , dengan kak Sunah ni jadi lain sikit. Aku rasa level hormat aku pada dia lain.

Semuanya bermula dengan event Mooncake treasure hunt di Aeon Tebrau dan aku satu team dua orang dengan dia. Dari situ yang terus buat aku rapat dengan dia. Lepastu jadi lagi rapat masa makan 4fingers ni , aku tumpang kak sunah untuk balik ke rumah. Aku ni pulak suka berjalan , teman ler sekali kak Sunah delivery brownies. 
Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling
masa ni lah kitorang satu team , treasure hunt katanya!
Semua-semua ni tak akan terjadi tanpa Sis Lin. Sis Lin la orang nya yang merapatkan aku. Dia lah yang offer , "Ala , Ain kau balik dengan Sunah jelah..korang kan sekali jalan.." . Aku masih ingat lagi waktu tu. Masih kekok lagi nak berbual. Well , AKU NI SOMBONG ORANGNYA! Hahahaha. Borak-borak ler dalam kereta waktu tu. Aku banyak tanya macam mana dia boleh jadi blogger , macam mana boleh rapat dengan geng-geng blogger dan MACAM MANA BERTEMU JODOH! Hahahaha.

Itu lah aku. Jenis suka bertanya lagi-lagi bab jodoh ni. Yelah , kita belum bertemu jodoh kan. Tanya jelah selagi belum jumpa. Jenis sifat Kak Sunah ni pulak yang memang very the kakak kakak! Dia boleh layan perangai aku. Dia boleh faham aku ni spesis manusia yang macam mana.

Aku rasa perkenalan kami belum pun setahun , eh ke dah setahun. Tapi , dia menjadi kakak kesayangan aku yang tip top la. Aku rasa banyak juga tempat yang dia nak pergi , diheretnya aku sekali! Hahaha. Siap heret ajak tidur rumah sewa dia lagi. Aku ni dah lama tak rasa life duduk rumah sewa, habis semua geng housemate dia aku kenal. Hahaha.

Orang nampak Kak Sunah ni mesti perempuan sopan je kan , aku paling kelakar bila dengar dia membebel. Lagi-lagi dalam kereta bila tengah jem , kereta tak bagi signal. Hahahahha. Weh dia bebel kelakar nak mampus! Aku gelak-gelak je. Paling aku respect gila , dia ni orang Sarawak , tapi aku tak rasa pun yang dia macam orang Sarawak. Aku rasa dia boleh masuk dengan cara orang Johor. Campak dekat mana pun , aku rasa dia ni boleh hidup.
Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting, drink, food and indoor
Dia selalu ingatkan aku tentang solat! That the best part! "Kau dah semayang belum Ain?". Bila dia tanya je , mampus aku terus takut. Hahahha. RASA BERDOSA SAMPAI KE NERAKA <<Ayat kak Sunah ni mendalam gila! Hahahhaha. Aku bukannya orang baik , tapi setidaknya kita cuba mengubah kearah kebaikkan. Aku nampak yang positifnya bila dengan kak Sunah. Bukan nak show off "kami orang baik" , tapi pada aku , ini bagus. Aku rasa selesa bila selalu keluar dengan Kak Sunah sebab dia selalu ingatkan aku tentang solat.

TIPU LAH BILA KAU DAH SYOK DENGAN DUNIAWI KAU TAK LUPA DARATAN KAN! Opps,terbesarkan font! Tipulah weh! Lagi-lagi kalau ada event yang call time nya nak suruh datang awal tapi event tak start-start pun. Nanti mesti Kak Sunah ajak , "jomla kita solat dulu". Lepastu kan , dia selalu akan perasan perubahan mood aku. Nanti dia tanya Ain okay ke? Hahaha.

Paling aku rasa dia ni penyayang masa dekat Belitung , aku gelabah lemas hahahhaha aku nampak dia bersungguh gila nak selamatkan aku , dan aku siap tolak muka dia banyak kali. Hahahaha. Aku rasa bersyukur gila sebab Kak Sunah sudi nak berkawan dengan aku. Sebab aku tahu aku ni macam mana. Aku memang boleh gelak-gelak hai hai dengan stranger , tapi bila dalam memilih untuk berkawan aku sangat choosy!.

Terima kasih akak sebab jadi akak yang baik untuk Ain, banyak sangat kurangnya dari Ain tapi akak sudi nak risikokan diri akak untuk mengenali ain. Semoga ALLAH terus memberikan rezekiNya dan nikmatnya untuk akak. Moga ada rezeki ain nak sampai ke Bintulu , nanti dapatlah jalan-jalan dekat kampung akak. Hehehe. Sarawak je negeri yang Ain belum pernah sampai. 

Kalau akak dah pindah ke nanti , mesti Ain akan rindu saat ini. Semoga persahabatan kita ni kekal sampai ke syurga! (Gambar dengan kak Sunah banyak sangat! hupload sekeping dua je cukup) KBYE! >>>BLOG SUNAH SAKURA

8 comments:

  1. Hahhahaha..kau ain, aku sape je lahhh...tiberrr 😂

    Malas ah nak terharu 😝😝

    ReplyDelete
  2. alolo.. ain ni nampak je ganaz tau.. tp suka suwet benonya.. haha... semoga persahabatan kalian kekal sampai bila2..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dapat kakak dah tu.. moga ukhwah terus berkekalan..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ain...sweetnya...aamiin semoga terus berkekalan yer...

    ReplyDelete
  5. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. kirim salam kakak sunah awak ye.. semalam baru wefie dengan dia hahaha

    ReplyDelete
  7. aku ingat lagi kita berlari lari di Aeon Tebrau kahkahkah!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.