AKU LEMAS MASA SNORKELING ? - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, December 27, 2018

AKU LEMAS MASA SNORKELING ?

pulau belitung mtn getaways
Island Hopping di Pulau Belitung

AKU LEMAS MASA SNORKELING ?

Pada hari ketiga kami berada di Pulau Belitung, inilah hari yang dinanti-nantikan. Yela, nama pun menjelajah pulau katanya. Mesti la paling seronok kan. So macam biasa time ni semua masing-masing dah sapu sunblock banyak-banyak. Aku tak sapu weh. Habis hitam legam muka bila balik ke Johor Bahru. Sampai ramai juga yang tegur , "Asal muka Ain nampak pelik je" . Hahaha. So, pagi itu macam biasa kita bersarapan dulu di cafe La Lucia Boutique Hotel , hotel yang kitorang stay sepanjang di Pulau Belitung.

Excited? Aku ni tak ada lah excited sangat sebab aku memang tak pandai berenang. That is the most fear part of my life! Aku memang pernah ada trauma sedikit sebab memang pernah lemas masa kecik dulu. Hahaha. But, i try to fight that fear. So, apakah pulau yang pertama yang kami jejaki pada hari itu?
pulau belitung mtn getaways
Belakang tu banyak batu-batu besarkan...view belakang tu cantik sangat!

pulau belitung mtn getaways
Sebelum naik bot , jom group photo nya duluan

pulau belitung mtn getaways
Ni lah boat nya..jernihkan air dia
Sebelum tuh kami sempat ke kedai souvenir yang namanya Belut. Nah,oleh-oleh dari Belitung katanya. Aku sempat grab baju sepasang untuk diri sendiri. Baju tu ada gambar laskar pelangi. Selalunya aku akan beli baju yang berwarna pink. Tapi, yang ini luar dari kebiasaan. Kaler ala-ala turquoise gitu. Dah bukan pinkish gegurl dah. Hahaha. Oh ya, dekat sini fridge magnet nya lagi banyak pilihan tau. Berbanding dengan kedai souvenir yang sebelum ni kita pergi.

So, first tempat yang kami jejaki ialah Tanjung Tinggi. Dekat sini la bas parking dan barang-barang tak penting semua tinggal je dalam bas. Baju yang untuk tukar nanti pun tinggal je dalam bas sebab nanti petang selepas kami dah lencun basah, kami akan salin di toilet yang disediakan. Oh ya, tidak gratis ya pak! Hahaha. Dekat Tanjung Tinggi ni kitorang sempat ambil gambar sebelum naik bot. Nyempat ler aku terbaring dekat batu-batu besar tu sementara matahari tegak di kepala. Hahaha. Nasib ler ada geng drone. Cantik kan view kami!
pulau belitung mtn getaways
view daripada drone
Lepas dah bergambar apa semua ni, tiba lah masanya untuk menaiki bot. Kitorang dibahagikan kepada dua bot. Bot aku diberi nama kumpulan Gittew. Hahaha. Sepanjang perjalanan kerja nak gelak je. Tengok ahli didalamnya. Hahaha.(Kejadian sebelum aku lemas) take note gais! Hahahaha.  Tempat pertama yang kami pergi ialah melihat Pulau Garuda . Bagus betul yang abang bot tu. Dia la tukang ambil gambar. Seketul-seketul gambar kitorang dia ambil. Nak bagi nampak view garuda tu. Seterusnya kitorang ke Pulau Lengkuas. Nah disininya aku lepas gian minum air kelapa. Bukan sebijik tapi rasanya sebijik setengah kot! Hahaha. Dapat pula semeja dengan pengasas hashtag #makanmakankurus , Kak Seri bagi air kelapanya yang masih berbaki isinya. Aku ni memang jenis suka makan isi kelapa. Puas sungguh rasa dapat korek sampai habis isinya. Nyum nyum nyum...
pulau belitung mtn getaways
Belakang tu lah Pulau Garuda

pulau belitung mtn getaways
Berkongsi semeja meneguk air kelapa bersama

pulau belitung mtn getaways
Belakang tu ler Light House nya dong!

pulau belitung mtn getaways
posing gaya Laskar Pelangi

pulau belitung mtn getaways
Kak Sun tekezut ke tuuu adik ain boleh lompat?Hahaha

pulau belitung mtn getaways
Nah,tegak betul light house nya! hahaha

Dekat Pulau Lengkuas ni kitorang ambil gambar berlatar belakang kan light house atau bahasa melayu nya dipanggil rumah api. Gittew! Nyempat ler kitorang shoot ala-ala posing dalam Laskar Pelangi. Entah, posing aku paling diva sangat! Hahaha. Nampak benar kau diva Ain! Tak nak mengaku. Hahaha. Okay lepas ni lepas ni lepas ni.....inilah yang dinantikan moment aku lemas. Hahaha.  Aku memang dah declare awal-awal aku memang tak pandai berenang! Tapi sebab aku nak buang ketakutan tu plus ada jaket keselamatan kan, so peratus ketakutan tu dah berkurang. Masa nak turun tu sebenarnya aku memang dah nervous. Aku jadi nervous sebab aku memang rabun, aku bukak contact lens aku takut termasuk air habis hilang kan. Hahaha. So,sebab pandangan aku yang kabur tu jadi makin nervous la, haaaaa...Dah sampai ke bawah tepi tangga je pun.. Aku panik weh. LEMAS lah. Aku rasa aku nangis kot masa tu, sebab memang aku rasa tak boleh nak balance kan badan. Hahaha. Terima kasih la yang sudi selamatkan aku. Tapi, fobia tu macam tak menguasai diri sangat lah. Perasaan nak turun lagi masih ada. Tapi, second snorkeling tu, abang bot dah selam dulu, dia bagi pesanan penaja "kalau kamu enggak kuat, kamu tidak payah turun kerna lautnya tengah bergelora! " .
pulau belitung mtn getaways
Muka sebelum lemas

pulau belitung mtn getaways

pulau belitung mtn getaways
Bestnya diorang!
Selepas lemas, kitorang ke Pulau Kepayang untuk makan.Ya ampun, sedap nak mati menu-menunya. Sebelum makan, Sis Lin tanya " Ain what happen to you?" (giler terus speaking Sis) Haahaha. Ermm..tahla. Hahaha. Tapi, perasaan nak snorkeling lagi tu memang ada untuk yang seterusnya. Tapi, abang bot udah kata sedemikian..Demi keselamatan kan. Ku turutkan aje! Last  pulau yang kami jejaki ialah ke Pulau Kelayang. Kat sini ada gua oh. Memang layan masa ombak  dia datang dekat kita pastu kita semua menjerit-jerit kepuasan. Hahaha.

Dekat sini juga Kak Juju sempat bukak kelas renang. Muridnya aku la. Hahaha. Weh, aku dah pandai floating okay! Terima kasih Kak Juju. Jom lepas ni bukak kelas lagi. Hahaha. Memang lepas gian aku bersungguh mencuba woi. Oh, dekat sini juga nyempat aku melihat anak-anak menangkap ikan mula-mula tak dapat dan masa kami dah nak balik, diorang dapat siap jerit-jerit lagi muka bahagia. Iye lah itu je makanan untuk diorang. Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat orang kampung menangkap tiram dan aku mencubanya makan secara fresh. Peh, sedap siot! Hahaha. Walaupun tertelan air masin banyak juga waktu tu. Hahaha. Eh, lagi...sempat juga merasa pisang goreng nyum nyum nyum..
pulau belitung mtn getaways
Kelas berenang bermula.

pulau belitung mtn getaways
Muka belagak lepas dah pandai floating, selepas lemas! Tapi tetap nak berendam dalam air.hahaha
pulau belitung mtn getaways

Sudah sampai masanya untuk kami ke tempat permulaan bas yang turunkan kami, bersih-bersihkan badan dan kami dibawa ke Nelayan Seafood untuk makan malam hari terakhir. Sedihnya kerna gue udah mau pulang besoknya. Dekat sini ada karoke. Malangnya, lagu-lagu yang ku inginkan tiada. Emangnya gue lupa gue request lagu-lagu di Malaysia, mana sama dong! Hahaha. Selepas makan-makan tu kami terus dibawa pulang ke hotel untuk beristirehat. Kak Sun ajak pergi ke kedai souvenir. Dekat je dari hotel tu, aku pun follow jela. Hehehe. Tamat hari ketiga. Hari yang sepatutnya aku trauma sebab lemas tapi aku happy sebab dah pandai floating! Hahaha.(nak juga meriak dah pandai floating) Menyesal kecik-kecik dulu terlampau berani sangat terjun kolam dewasa, kes tu la aku lemas terus fobia dengan air!  Tapi, lepas daripada tu...aku terasa nak sangat belajar berenang. Hahaha. Tamat cerita aku lemas di Belitung , something to be remembered mana tau boleh repeat lagi kesini. Insyallah ! Dah pandai snorkeling pulak time tuh (Masih lagi tak move on dengan riak floating dia tuh) Hahahaha.
pulau belitung mtn getaways
"laju-laju buaiku lajuuu....aku nakk kawenn dengann anak raja..."

pulau belitung mtn getaways
Memang seronok sangat dibawa bersama MTN Getaways

Oh ya, gue terlupa mau nitip kan sepanjang perjalanan aku ke Belitung ni semuanya diuruskan oleh pihak MTN Getaways. Korang boleh follow instagram nya dan facebook nya untuk maklumat lanjut.
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram: https://www.instagram.com/mtngetaways/

 Lagi satu ,kalau terlepas cerita aku yang sebelumnya, boleh la baca
 disini #awakcutimanaBelitung 💜. kalau mahu lihatin lagi fotornya , kamu orang langsung terus ke instagram gue di @farahainzfa dan @awakcutimana 

kredit gambar : Dikbee , MTN Getaways ,drone Hasif

18 comments:

  1. Ooo i know what happen to you hahahaha..
    Alahaii ko Ain oii, excited sangat..be cool lain kali..
    Next time jom le kita pi berenang kat kolam uma Sis, hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhaha kenapa tiberr speakingg... Hahahha.. Kolam uma sis? Ade ke? (Tiberr blur)

      Delete
  2. Bestnya snorkelling. Rinduuuu.....
    Ait! ada life jaket pun boleh lemas hurmmm... pelik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab panik.. Tu yang lemas. Hahahahhahahaha? Sebenarnya tak konfiden dengan diri..

      Delete
  3. Hahahaha... Sama-sama ain. Lepas ni kita cari cikgu belajar berenang pulak. Akak reti terapung je. Berenang tak reti-reti. Bhahahahahaha.. Kita berenang dekat Belitung jelah. Jom kumpul duit pegi Belitung lagiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahahaha punya banyakk laut pantai dekat johor kok di belitung jugak menjadi pilihan hati... Emang benar loh udah jatuh cinta..hahahahahhaa... 😂😂😂

      Delete
  4. aduiiii...aku pun nak ikut lemas sekali masa tu sebenarnya sebab ko tekan2 n tarik tangan aku ke bawah...hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhahhahaha.. Haah, abang ain cakap cm gitu jugak..Panik sgt.. cian kak sun... Sorryyy! Hahaahahhaa.. 😂😂😂😂😂

      Delete
  5. nak snorkeling lagi.. walaupun tepi tangga.. :D ainn dh pandai floating boleh cubaa.. kita pun dulu first snorkeling nk lemas macam ain.. sampai tade org perasan kita nk lemas.. tu yg pandai floating sendiri.. sebab tak nak lemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaahahhaa.. Yeayy...jom jom jom,.. Lepas ni kite bukan lagi geng lemas. Hahahahaa. 😂😂😂😂

      Delete
  6. lagilah akak yang tak pernah snorkling ni..aci tak kalau pergi tengok je orang snorkling...aduii..belum snorkling dah seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahahahaha... Kannn.. Tapi bile duduk atas boat tuhh jelos lerr tengokk orang dok sedapp dpt tgk ikan ...

      Delete
  7. hahaha lawak tau.. akak ni memang penakut laut. kang belom apa2 dah terjerit2 macam kena sawan hahaha

    ReplyDelete
  8. Masa akk turun ke laut tu, penuh konfiden tai.. Tetiba jer jaket akk tolak kepala ke atas, langsung tal bleh bgerak, maybe sbb akk lupa nak klip lock yg bwh sekali tu, mnyesal betul tak check smpi bawah.
    Bila dah kena tolak dgn jaket tu dgn keadaan air bgelombang cam tu mmg terus fobia laa, huwahuwahuwa

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.