AKU AIN & JDT BLOGGER - 3

jdt blogger
ain & kak Mia . tq Sis Lin tukang amekkan gambo

AKU AIN & JDT BLOGGER- 3

Selepas daripada review dekat The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, seterusnya rezeki JDT Blogger mendapat review di Pulai Spring Resorts. Kali ni aku duduk semeja dengan seorang blogger yang aku teringin sangat nak jumpa. Bukan teringin saja nak jumpa, tapi bila aku dapat tau yang dia ada dalam team JDT Blogger, lagi kemain aku excited betul la. (Cuma cover line je tak nak tunjuk) ๐Ÿ™ˆJeng jeng siapakah dia ?

Dia ialah kak Mia Liana. Kenapa aku teringin sangat nak jumpa dia ? Sebab aku selalu join segmen dia, and dia mempunyai lebih daripada 10,000  followers di blog. Gila tak teringin nak jumpa. Kiranya kak Mia ni blog-blog otai la.
jdt blogger
Masa ni event CSR dekat Puteri Pacific
Bukan itu sahaja, aku kagum dengan Kak Mia sebab dia ada je masa update blog. So, bila berkesempatan dapat duduk semeja dengan dia , aku banyak la soalan yang aku tanya. Sempat juga melayan kerenah anak kak Mia  si Sofea tu.

Kak Mia ni lama-lama bila dah kenal kelakar juga orangnya. Pernah masa potluck JDT Blogger , dapat gelaran “makcik cendol dengan makcik kantin”๐Ÿ˜‚ Kak Mia juga share dekat Ain ,”Ain kena juga rajin update blog”, “selalu update baru la google senang nak jumpa kita” .
jdt blogger
Kak Mia & Sofea...Makcik cendol dan makcik kantin.Hahaha

Bila dah dapat kata-kata semangat daripada kak Mia, sebab tu kita comeback dengan gigihnya. Terima kasih kak Mia sudi berkongsi tips dan pengalaman sebagai blogger otai. Oh , kak Mia ni pulak rumah dekat je dengan aku tapi tak pernah jumpa. Nampak kan, JDT Blogger yang pertemukan kita berdua.

By the way, Kak Mia sekarang tengah buat Giveaway gais! Jom ler join. Klik sini.. Okay, siapakah geng JDT Blogger seterusnya yang aku kenal? Nantikan...Oh , kalau yang terlepas bahagian 1 dan 2...sila klik disini... 

9 ulasan:

  1. Sama laaa bertahun kenal Mia dalam alam maya, masuk JDT Blogger baru dapat kenalinya...

    BalasPadam
  2. dah lma kna k.mia. Pernah dapat header blog dr dia..:)

    BalasPadam
  3. wah.. best dapat berkumpul :)

    BalasPadam
  4. akak pun dah masuk JDT Blogger baru jumpa Kak Mia..kaloa tak silent reader je hehehe

    BalasPadam
  5. Kita belum berkesempatan jumpa kak mia lagi. selalu baca blog ja..

    BalasPadam
  6. antara blogger otai JB yang popular weh...masa nak bina blog, banyak cedok tuto dari blog dia..

    BalasPadam
  7. Teringin jugak nak jumpa blogger otai. Harap 1day dpatlah jumpa.. gigih cari nk join jdt blogger.hehe

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.