RAYA HAJI NANTI NAK MASAK APE TU??... - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, August 8, 2019

RAYA HAJI NANTI NAK MASAK APE TU??...

raya haji
gambar raya haji tahun lepas.hehehe.

RAYA HAJI NANTI NAK MASAK APE TU??...

Haish , tiber soklan spontan ni terkeluar dari mulut ku. Hahaha. Petang tadi aku sempat tanya kakak Tini , pembantu jiran sebelah "Kak nanti raya haji nak masak ape?" . Dia jawab , "ibuk nya ada nanti jadi lagi senang senang aja". Maksudnya nanti , tuan dia ada dekat rumah so keputusan nak masak apa tu nanti dibuat oleh tuannya lah . Oh sebelum tu dia tegur aku , "Kak Ain mau pergi mana?". Aku nak keluar pergi barang dapur.

Tuh yang aku terus tertanya nak masak ape? Bosan lah asyik masak nasi dan menu-menu yang biasa kan. Aku cadang nak masak bakso je. Hehehe. Senang! Bihun pun dah beli dah tadi. Bakso nya tak beli lagi. Raya aku pun nanti dekat JB je . Tak kemana-mana pun. Nasib ler kejiranan sini buat korban , so seronok lah jugak nanti. 

Korang dah fikir ke nak masak ape nanti untuk raya haji? Raya haji dekat tempat aku biasa biasa aje , biasanya yang meriah ni kalau yang belah-belah negeri Kedah , kelantan , terengganu kan. Setahu aku lah. Dah terasa macam makcik-makcik betul seh aku ni , dok fikir nak masak ape. HAHAHA. Padahal baru doplohlapan tahun.

KBYE! Tu jelah... besok ingat nak basuh langsir ler... Aku paling suka kalau tengok rumah bersih, kalau rumah kotor habis semua kelaut mood aku. 

Oh , nak promot sekali. Follow ler instagram @awakmakanape yer dan like sekali facebook  Awak Makan Ape . *kalau nak dengar suara sis kepit! kahkahkahk.

7 comments:

  1. entah le..tak ada idea lagi nak masak apa.. tapi macam biasa masak yg biasa2 tu la nasi impit, ayam red (must have!) and lodeh..

    ReplyDelete
  2. mak mentua akak cakap nak masak sardin jer ngan sayur petola.. sedih sis akak dengar.. haha

    ReplyDelete
  3. penatnya masak2, kan best kalua terus makan, hahahah

    ReplyDelete
  4. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  5. nak datang makan! masak lagi please!

    ReplyDelete
  6. sis bercakap sambil mengepit ke sebenarnya?

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.