KISAH PISAU DAN PENGORBANAN - Aku Ain Kau Siapa

Friday, August 16, 2019

KISAH PISAU DAN PENGORBANAN

pisau raya korban

KISAH PISAU DAN PENGORBANAN

Masa raya haji tempoh hari, kawasan kejiranan tempat aku ni telah mengadakan ibadah korban. Alhamdulilah, takde lah rasa sunyi yelah aku pun beraya takde nak kemana mana.

Pagi tu lepas dah siap masak-masak aku keluarkan stok pisau aku. Pisau-pisau ni semua masih belum digunakan. Yelah, aku ni bukannya masak dalam kuantiti yang banyak. 

Pisau ni pun aku dapat masa tukar-tukar hadiah. Aku pun letaklah dalam plastik sekali dengan papan pemotong. Takut nanti nak potong daging takde alas pulak.

Abang aku "kau ni bawak pisau banyak -banyak tak hilang ke nanti?". Aku jawab takpelah mana tau nanti ade makcik-makcik nak pinjam ke. Niat kan yang baik-baik aje. Itu lah perangai aku. Kalau kita niat yang baik-baik, pasti yang baik akan kita dapat kan.

Alhamdulilah , banyak kegunaan pisau ni. Sekali potong je zasss kemain tajam. Mungkin ade orang takut nak kasi pinjam barang milik dia kepada orang lain. Tapi tidak aku.

Itulah pengorbanan kecil aku. Nampak macam "alaa pisau je pun". Tapi tanpa sebilah pisau yang tajam takkan mampu meleraikan daging menjadi kecil. Semoga ibadah korban kita semua diterima Allah.

6 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.