"KAU TAHU KE APE TU REDHA?" - Aku Ain Kau Siapa

Friday, August 16, 2019

"KAU TAHU KE APE TU REDHA?"

"KAU TAHU KE APE TU REDHA?"

Uish, aku tengah scroll timeline Facebook, dan aku jumpa video ni. Video ni dikongsikan oleh kawan aku yang turut sama ade 'cerita yang sama'.

Cerita hilang nya doa seorang ibu!

Aku tak berniat sedikit pun untuk menitiskan air mata, walaupun ianya terlalu sedih untuk diceritakan. Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak tahu.

Cerita hampir 6 tahun lepas..

Bila aku hilang satu-satunya kawan perempuan dalam rumah , bila aku hilang orang yang selalu tepon aku.. Bila aku hilang!

"Kita kena redha!"

Mudahnya orang cakap macam gitu. Video ni sumpah buat aku memang tacink giler. Aku dah rasa fasa Hilang keyakinan diri yang sangat dasyat!. Tahun tahun sebelum ini.

Aku nampak ramai manusia hari ni tidak menghargai mak yang masih ada di depan mata mereka. Aku nampak hari ni ramai kita yang sibuk habiskan masa dengan kawan-kawan tapi bukan dengan mak!  Aku nampak hari ni ramai manusia yang biarkan ibu dia kesunyian ternanti nanti panggilan atau kepulangan anaknya.

Dulu, masa fasa awal-awal tu aku selalu cakap "kalau lah dapat aku jumpa ibu aku balik ..."

Tapi, sekarang.. Aku rasa is a part of my job untuk pesan-pesankan kepada mereka , "hargailah ibu anda selagi belum terputusnya doa seorang ibu".

Dulu-dulu , aku sibuk nak show off rasa sedih aku konon meminta simpati orang sekeliling memahami aku. Sekarang? Aku rasa kisah aku cukup mereka yang terpilih sahaja tahu.

Kerana pada aku. Tiada apa gunanya lagi bila kita telah hilang doa seorang ibu..

Tapi.. cukup aku tidak putus putus kirimkan doa seorang anak kepada dia insan yang ku panggil "ibu yang tersayang" 💖

Al-Fatihah Untuk ibu ,
Nor Fatimah Binti Ismail
27April 1959-17November 2013

9 comments:

  1. Redha.. Sabar.. Syukur.. Mudah disebut tapi sukar dilakukan.. Ini hakikat.

    ReplyDelete
  2. Saya pon baru kehilangan... Hurmmm...

    ReplyDelete
  3. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebannya

    ReplyDelete
  4. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  5. kasih ibu tiada galang gantinya ain, bila dia takde, rasa separuh nyawa kita dia bawak.Cuba tanamkan sesuatu, untuk rasa diri kita kuat. Allah ambik dia awal, sebab Allah sayangkan dia.Siapa lagi nak sayang dia sepenuh hati kalau bukan DIA kan.Sayang manusia pada manusia takkan kekal, tapi sayang Allah kepada hambanya sentiasa ada dan kekal selama-lamanya.

    ReplyDelete
  6. kita pun tak tau macam mana diri kita kalau hilang seorang ibu..

    ReplyDelete
  7. Aku nangis duh tengok video issey tuhhhh

    ReplyDelete
  8. Satu kehilangan yang sukar digambarkan..dan sering menjadi persoalan dalam fikiran ni..macam mana dan sekuat mana lah seorang sunah nak menghadapi saat tu..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.