KOLEJ MENCARI JODOH AKHIRNYA BERTEMU JODOH

kolej mencari jodoh

KOLEJ MENCARI JODOH AKHIRNYA BERTEMU JODOH

Pada 24 ogos haritu , salah seorang dari bff aku selamat mendirikan rumah tangga. Dia ialah Erlyna, seorang yang aku kenal semasa belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Sekitar tahun 2009-2010 itulah tahunnya aku kenal dia. Dekat KMJ ni ada nama tagline yang tersendirinya iaitu , "Kolej Mencari Jodoh" . HAHAHA. Mungkin dah ramai yang memang bertemu jodoh dekat sini. Hahaha.

Ternyata , elly ialah satu buktinya. Dia kawen dengan kojeng , lelaki yang dia crush giler masa dekat KMJ dulu. Aku ingat lagi aku selalu teman dia dating , tahu semua tentang dia. Tak habis-habis dulu dia sebut nama kojeng. Aku setia dengar cerita dia. HAHAHA. Betul lah orang kata , "if its meant to be together , then it will be together".
kolej mencari jodoh

kolej mencari jodoh

Aku saksi macam mana Elly suka nak mati dekat Kojeng masa dekat KMJ dulu. Sampailah masa wedding Ecah kot tahun 2017 , Elly cakap mamat ni keep DM dia dekat Instagram. "AMIRUL FIKRI". Aku tanya Elly , siapa dia ni? Hahaha. Baru aku tahu nama betul dia. Sebab dulu kenal nama kojeng je. Hahaha.

Aku sempat mengusik Elly dulu, "jumpa jelah..mana tahuuu kann". Hahaha. OMG! Sedar-sedar menjadi beb. Tenyata kolej mencari jodoh akhirnya bertemu jodoh gais! Siapa sangka kan , Elly punyalah crush teruk couple sehari je masa dekat KMJ last last terus kahwin. Itulah jodoh kan. 

Wedding Ecah ialah wedding yang ketiga dalam geng PCD. Geng PCD kitorang ada lima ketul. Masa wedding Ecah jugak, Elly cakap "siapa agaknya ehk yang last kawen?", Aku jawab "jangan risau Elly aku yang last punya kawen". (Ni kalau betting ni aku dah menang dah ni) HAHAHA gurau je!

Anyway , tahniah Elly dan Kojeng! Aku doakan korang bahagia being in a real relationship! Semoga yang baik-baik aje untuk korang. Elly , terima kasih kerana menjadi bff aku yang the best. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke syurga. Kojeng, jaga Elly baik-baik tau.

Doakan aku pulak mendapat jodoh yang terbaik dari Allah okay. :)

Catat Ulasan

7 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.