Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar di Malaysia

Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar di Malaysia, Memeriahkan Lagi Musim Perayaan Krismas di Paradigm Mall Johor Bahru 

Rekod keempat yang dicipta Paradigm Mall Johor Bahru dalam Malaysia Book of Records tahun ini


Johor Bahru, 29 November 2019 – Siap sedia dan jangan ketinggalan untuk menyaksikan perayaan Hari Krismas yang unik pada tahun ini di Paradigm Mall Johor Bahru. Jom beramai-ramai ke pusat beli-belah ini untuk menyaksikan ‘Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar’ dengan ketinggian 6.8 meter dan lebar 2.75 meter yang pastinya akan memeriahkan lagi suasana perayaan!

Pokok Krismas gergasi ini digantung dari siling ruang legar utama telah menerima penghargaan sebagai ‘Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records. Selain itu, Ruang Legar Utama ini juga akan dipenuhi dengan perhiasan daripada karakter We Bare Bears, Cartoon Network yang comel iaitu Grizzly, Panda dan Ice Bear; adik-beradik beruang yang sentiasa berusaha untuk menjadi sebahagian daripada dunia manusia, selain daripada kraf dan seni perhiasan Hari Krismas yang bewarna-warni mulai 13 November ini.
paradigm mall johor bahru
The ‘Biggest Upside Down Christmas Tree’ at Paradigm Mall Johor Bahru measuring 6.8 metres tall and 2.75 metres wide has been officially launched with the presence of spokespeople from WCT Malls,Malaysia Book of Records, Pusat Kebajikan Kalvari Johor and Marrybrown.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management Sdn Bhd, Selena Chua, “Kami amat teruja untuk mempamerkan pokok Krismas terbalik yang terbesar di Malaysia di Paradigm Mall Johor Bahru sempena musim perayaan ini. Kami bertekad untuk mencipta pengalaman unik buat pengunjung, dan kami percaya rekod yang dicipta ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka sambil mengabadikan memori istimewa di dalam potret percutian yang mengembirakan. Kanak-kanak juga pasti tidak sabar untuk bertemu dengan karakter We Bare Bears iaitu Grizzly, Panda dan Ice Bear yang bakal membuat kemunculan istimewa di semua pusat beli belah WCT sempena Hari Krismas ini.”

Bagi meraikan semangat berkongsi dan saling memberi sempena Hari Krismas, Paradigm Mall Johor
Bahru akan menjadi menyumbang kepada lebih 50 kanak-kanak dan penjaga mereka dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor. Selain daripada berpeluang untuk mengambil gambar dengan karakter beruang ini, mereka juga bakal menerima beg cenderahati yang mengandungi patung We Bare Bears edisi terhad dan hidangan enak daripada Marrybrown yang juga penaja hidangan untuk majlis ini nanti.
paradigm mall johor bahru
(L-R) Mr Jwan Heah , the Director of Marketing Solutions, Malaysia Book of Records presenting the certificate of Malaysia Book of Records to Ms Selena Chua, CEO of WCT Malls Management.

“Kami ingin membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kami amat gembira dapat menjadi tuan rumah serta dapat menyokong dan berkongsi keriangan festival dengan kanak-kanak ini. Kami berharap agar mereka dan penjaga mereka dapat menikmati program penuh keriangan yang telah kami aturkan ini,” kata Chua lagi.

Pengunjung pasti tidak akan sabar menanti pengalaman magikal bulan Disember di Paradigm Mall JB dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga dan jangan ketinggalan untuk bergambar dengan perhiasan We Bare Bear Township yang dilhamkan daripada permainan Cartoon Network yang popular.


  • Sesi Beramah Mesra We Bare Bears

Tarikh: 29, 30 November 2019 & 1, 27, 28 Disember 2019

Jom datang beramai-ramai ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk bertemu dengan tiga beradik beruang yang comel iaitu Grizz, Panda dan Ice Bear!

  • Sesi Beramah Mesra Santa & Santarina

Tarikh: 8, 14, 15, 21, 24 & 25 Disember 2019

Tidak sempurna Hari Krismas tanpa Santa Claus. Bawa anak-anak ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk bertemu dengan Santa dan Santarina dan dapatkan gula-gula kapas yang enak dan berwarna-warni.

  • Persembahan Hari Krismas

Persembahan Tarian Hari Krismas: 1, 21, 22, 24 & 25 Disember 2019

Apalah ertinya Hari Krismas tanpa temasya? Pengunjung pasti tidak akan sabar untuk menyaksikan
persembahan tarian dan muzik oleh bakat-bakat dari negeri Johor Bahru sendiri yang akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu dan tarian yang meriangkan.

  • Kumpulan Muzik Hari Krismas

Tarikh: 14, 23, 24 & 25 Disember 2019

Lagu-lagu nyanyian sempena Hari Krismas memang cukup popular. Nantikan kemunculan Kumpulan
Muzik Hari Krismas yang bakal menghiburkan pengunjung pusat beli-belah dengan senarai lagu-lagu klasik musim perayaan ini.
paradigm mall johor bahru
(L-R) Mr Joshua Chong, Home & Centre Coordinator of Pusat Kebajikan Kalvari Johor, Mr Saravanan, Assistant Operation Manager of Marrybrown, Mr Jwan Heah, Director of Marketing Solutions, MalaysiaBook of Records, Ms Selena Chua, CEO of WCT Malls Management , Ms Catherina Quek, General Manager of Paradigm Mall Johor Bahru and
Mr Isaac Elias, Associate Director, Advertising Sales, Turner with the Cartoon Network We Bare Bears siblings.


  • Bengkel Hari Krismas

Bengkel Membuat Glob Salji: 1 Disember 2019
Bengkel Membuat Lilin: 8 Disember 2019
Bengkel Membuat Lingkaran Bunga: 14 Disember 2019
Bengkel Membuat Sabun: 21 Disember 2019

Jadi lebih kreatif seperti Elf (pembantu Santa) di bengkel-bengkel Perayaan Natal ini sepanjang bulan
Disember 2019.

  • Peraduan Hari Krismas

Peraduan Hiasan Pokok Krismas: 29 November 2019
Peraduan Seni Tanah Liat: 15 Disember 2019
Peraduan Kad Ucapan Krismas 3D: 22 Disember 2019

Bagi peraduan hiasan Pokok Krismas, pokok-pokok akan dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti,
penggunaan bahan dan secara keseluruhan. Semua dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan
berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5000!*

Selain itu, pengunjung juga boleh membawa anak-anak untuk menyertai Peraduan Kad Ucapan Krismas 3D dan Peraduan Seni Tanah Liat. Jadi lebih kreatif dengan menggunakan emping salji, anak panah, gula-gula berbentuk tongkat dan lain-lain lagi. Rekaan kad ucapan 3D dan seni tanah liat yang terbaik akan memenangi hadiah hebat!

(Penyertaan untuk Peraduan & Bengkel Hari Krismas: Terhad kepada 30 peserta dan tanpa yuran penyertaan.)

  • Tebus Barangan Cenderahati (Give with Purchase)

Rebut peluang untuk menebus barangan cenderahati We Bare Bears yang eksklusif dengan sebarang
pembelian.

Kumpulan 1 – Buku Nota We Bare Bears
Untuk menebus buku nota We Bare Bears yang eksklusif, pengunjung pusat beli-belah hanya perlu berbelanja RM200 dan ke atas dalam kombinasi maksimum dua resit. Untuk menebus barangan cenderahati, pemegang Kad Kredit HSBC hanya perlu berbelanja RM150 dan ke atas dalam kombinasi maksimum dua resit.

Kumpulan 2 – Kalendar We Bare Bears
Pengunjung pusat beli-belah yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam kombinasi maksimum tiga resit berpeluang untuk menebus Kalendar 2020 We Bare Bears yang eksklusif. Pemegang Kad Kredit HSBC perlu berbelanja sebanyak RM250 dan ke atas dalam kombinasi maksimum tiga resit untuk menebus barangan cenderahati.

Kumpulan 3 – Beg Galas We Bare Bears
Pengunjung pusat beli-belah yang berbelanja RM1000 dan ke atas dalam kombinasi 10 resit, berpeluang untuk menebus Beg Galas We Bare Bears yang eksklusif. Pemegang Kad Kredit HSBC hanya perlu berbelanja RM850 dan ke atas dalam kombinasi maksimum 10 resit untuk menebus barangan cenderahati.

Pas Eksklusif Kolam Bola Hari Krismas, Aktiviti Jenga dan Foto Segera Pengunjung bukan sahaja boleh menebus barangan We Bare Bears dalam kategori Kumpulan 2 & 3, malah layak
untuk menerima satu (1) pas eksklusif Kolam Bola Hari Krismas, satu (1) pas Aktiviti Jenga dan satu (1) pas eksklusif Foto Segera.

*Foto Segera hanya sah untuk ditebus pada:
29-30 November 2019, 1, 6-8, 12-31 Disember 2019 dan 1 Januari 2020
paradigm mall johor bahru
Paradigm Mall Johor Bahru made the celebration more meaningful by hosting over 50 children from Pusat Kebajikan Kalvari Johor. Each child received a special goodies bag containing limited-edition We Bare Bears plush toy and also a scrumptious meal from Marrybrown, the official refreshment sponsor for the event.

Sebagai sebahagian daripada initiatif jangka panjang untuk mencipta suasana beli-belah yang memuaskan dan penuh ganjaran buat pengunjung, pusat beli-belah ini telah melancarkan aplikasi kesetiaan WCT Buddy pada peralatan mudah alih. Aplikasi ini memudahkan pengunjung untuk mengumpul mata kesetiaan dengan mengimbas resit pembelian daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian dan menebusnya menerusi aplikasi e-wallet.

Bagi meraikan semangat memberi, pusat beli-belah WCT menawarkan 200 mata ganjaran WCT Buddy percuma kepada yang baru pertama kali mendaftar. Aplikasi ini boleh didapati di App Store dan Goodle PlayStore.

Bagi pengunjung dan peminat yang masih belum puas dengan We Bare Bears, saksikan ketiga-tiga adikberadik beruang ini di saluran Cartoon Network; Saluran 616 ASTRO.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, layari laman web dan platform media sosial pusat beli-belah ini seperti berikut:

Laman Web
Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook:
Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram:
Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tak marah pulak orang ek sebab pokok krismasnya di buat terbalik hehehehe

    BalasPadam
  2. paradigm ni suka buat genius world record ekkkk

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.