MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN - Aku Ain Kau Siapa

Monday, June 1, 2020

MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN


MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN 

Hari ni dah hari PKP yang ke berapa entah, semua dah lupa. Sepanjang PKP aku tiada rasa langsung untuk membuka blog apatah lagi membaca blog-blog kawan yang lain. Rasa membaca dan menulis hilang. 

Aku banyak menulis (tak ada lah banyak mana) di Instagram sahaja. Itu pun kalau idea dan ilham tu muncul. Tuhan, jawapan apa yang Engkau mahu berikan pada aku.

Sebelum tidur, aku menangis merenung kembali kehidupan aku. Doa aku selalu supaya Dia kembalikan “the best version of Nur Farahain”. Versi nya yang terbaik selalu lah seorang yang paling bersemangat dalam melakukan apa yang dia nak capai, paling suka bercakap , paling kuat gelak! Dan terpaling happy go lucky woman!

Aku selalu menantikan bila lah versi terbaik ini mahu muncul. Aku tak tahu bila Tuhan mahu berikan jawapanNya yang terbaik itu. Jangan tanya berapa banyak kali aku menangis. Tapi, aku sembunyikan rasa itu. 

Aku rasa, Tuhan mahu benar-benar menitipkan rasa sabar dalam jiwa aku. Bila orang buat kau macam tunggul , aku diam. Versi aku yang dulu aku akan banyak melawan semula. Tapi, aku pilih untuk diam.

Takkala ramai yang aku sangka berada disisi ku, Tuhan jelaskan satu satu yang pergi. Tuhan tahu cukup Ain kau luangkan masa bersama mereka. 

Penatnya jadi Nur Farahain!. Itu yang selalu terkeluar mengeluh kepada Tuhan. Aku tahu tak baik mengeluh bukan, tapi aku mahu jadi hambaNya yang paling jujur disisiNya. 

Aku selalu minta , doa yang baik baik untuk aku! Jadi , untuk yang membaca ini.. Silakan doakan yang baik-baik untuk Nur Farahain . Mana tahu doa kalian diterima dan didengarNya. 

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari Nur Farahain. (aku tak ucap pon Mat Ri Aye dekat blog, jadi terus ucap dekat sini lah yer) Kira dah bagi ucapan lah kan. Hehehe.


8 comments:

  1. Jangan menangis..kehidupan mesti diteruskan

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya...terus tabah mnghadapi liku liku hidup

    ReplyDelete
  3. Terkadang apa yang Kita inginkan sangat tu, Kita Tak dapat kerana Allah mahu Kita menjadi hambaNya yang sabar....sebagai makhlukNya...Kan... May Farahain Versi the best Kembali muncul! Bertukarrr! Keluarkan saka tu..tiberghhhhh!

    Happy Eid .. maaf Zahir Batin ye

    ReplyDelete
  4. sampai satu masa, kematangan yang buat kita lebih banyak bersabar dan berdiam, bukannya kita berubah, tapi kedewasaan dari pengalaman itulah yang mengubah kita, semoga Allah mendengar doa-doamu..aamin.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah permudahkan segalanya aminnn

    ReplyDelete
  6. ko copy paste dari notes la ni kan..sebab font dia berterabur...eeeee

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.