PRINCESS TEMAN IBU MASAK

PRINCESS TEMAN IBU MASAK 

Bersambung kembali dalam kisah princess Ibu..Semua nya tentang kisah menjadi seorang princess kepada ibu saya!. Hari ni aku story macam mana aku boleh pandai memasak.

Sejak dari kecik lagi , ibu yang selalu "paksa" aku untuk masuk ke dapur. Ibu selalu pesan "ain kan anak seorang perempuan ...kenalah rajin masuk dapur...pandai masak.. nanti dah besar..senang boleh masak". Mula-mula masih tak faham lagi kenapa setiap kali ibu nak start masak , dia akan panggil aku suruh masuk dapur.

Sebabnya dia nak aku tengok cara dia memasak. One thing yang korang patut tahu ialah ibu aku yang mengajar aku untuk masak apa yang ada. "Tak cukup bahan takpe , janji Masak!" Wow tagline yang sering aku guna. Ibu yang ajar.. Jangan nak cukupkan semua bahan baru nak masak. Gitu baik kau pergi makan dekat kedai je.Hahaha. (yang ni aku yang tambah)

Mula-mula dulu paling tak suka kopek bawang sebab aku memang jenis sensitif woi.Kopek sikit je boleh sampai keluar air mata. Lepastu kalau bab menumis , paling benci terpercik minyak panas.. Tapi ibu ajar cara yang betul.. Kalau nak goreng tu, minyak kena panas. Dah kalau seram penakut nak masukkan ayam atau ikan , tutup je api tu dulu.. Simple! Ade sesetengah orang tua marah, disuruhnya paksa letak sampai terpelanting minyak semua. Hahaha.

Tapi ibu tak. Ibu ajar jadi perempuan yang masak paling simple. Dia ajar anaknya ni jadi lagi pandai uruskan bab dapur. Sejak darjah 4 kalau tak silap memang dah pandai buat burger sendiri dekat rumah. Hahhhahhahaa. Dulu-dulu ibu banyak kerja shift tau. Tapi one thing yang aku perasan sebelum keluar rumah dia tetap akan masak dulu. Tabiat ni sampai aku pun terikut sama. Sejenis Sebba dulu baru keluar rumah sebabnya kalau balik rumah perut lapar ade jugak makanan nak makan.

Kitorang satu family memang suka makan burger.Dulu-dulu ibu beli stok daging siap-siap dan roti. Pompangpompang aku buat sendiri burger. Tu pasal jangan tekezut kalau abang aku sekali 3bijik burger dia boleh sumbat..Hahahaha. Sebab burger adalah makanan rasmi keluarga kami. Hahahhaa. 

Tapi...

Masa duduk rumah sewa dekat kedah dulu sekitar tahun 2010-2013 aku tak pandai langsung masak. Sebab dah lama tak prektis. Garam dengan gula pun tak pandai beza. Lepastu aku sedar kenapa aku jadi tak pandai masak. Sebab aku selalu cari bahan yang serba cukup baru nak masak.

Aku lupa yang ibu ajar sebaliknya. Bila aku balik ke JB semula..Dan aku start semula memasak. Rasa ralat jugak lah, ibu tak sempat nak merasa air tangan anaknya ni. Bila berjumpa dengan adik-beradik ibu mesti diorang akan cakap macam gini.. "Arwah Kak Long (panggilan sebab ibu anak sulung) pandai masak tau..mesti ain pun pandai masak jugak kan". 

Aku pandai masak sebab ibu yang ajar dan ibu yang paksa. Kalau datang kerumah orang dan orang tu masakkan untuk tetamu mesti aku kepoh nak ikut ke dapur sekali. Sebabnya satu nak menyembang. Hahhaha.. Dasar mulut kepoh. Kedua sebab nak belajar lagi cara memasak. Lagipun mesti aku jenis pandai masak sebab melihat cara orang tu memasak. Bukannya berdasarkan resepi semata-mata. 

Haish... rindu sangat dekat ibu.. terima kasih ibu sebab paksa anaknya ni masuk ke dapur.. kalau tak ,habis kejong tangan princess dia ni satu apa pon tak boleh buat. Hahaha.. 

Bersambung ke episod lain... Princess Ibu..Dah baca belum kisah sebelum nya ?. Kalau belum sila baca..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. memori indah, semoga ibu sentiasa dirahmati Allah :)

    BalasPadam
  2. Akk pun dulu belajar masak melalui pemerhatian, tengok cara ibu masak. Ibu akak lak kalau mengajar asyik nak berleter aje, hahaha.. Pernah bawang sampai hangus sebab takut nak kacau atas minyak panas, lama2 pandai pun masak, sampai bila tahan nak membeli, tapi akk dah habis form 5 baru pandai masak

    BalasPadam
  3. Arwah mak akk, memang bagi kepercayaan sediakan makan tengahari untuk keluarga seawal umur 12 tahun, masak tak sedap takpe janji masak....

    BalasPadam
  4. Alaaaa..i x reti masak sgt..takat goreng goreng aje bolehlaa....ishh, nak kena praktis jugak la..dah tua ni..ahhahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa Nonn..aku ingat ko teror masak.. patut laa jadi blogger yeee hehehehe

      Padam
  5. so bila nak datang masak kat rumah Teratai?

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.