Girls ! Macam mana korang handle period pain ?

Girls ! Macam mana korang handle period pain? 

So, semalam ada anak jiran aku bertanya this kinda of questions "Kak Ain period dua kali ke dalam sebulan?" . Jawapan yang aku bagi ialah "Tak.. sekali je .. biasanya dalam seminggu je tapi hari ke 4/5 dah start kering darah nya.." Tambah lagi jawapan yang aku kasi .. " Bergantung juga pada orang tu .. "

Soalan seterusnya "memang kena ke datang period time waktu umur sekarang ? kalau dah sekolah menengah tak datang period tu macam mana ?" by the way , aku rahsiakan identiti siapa yang bertanya ni dan aku ubah sedikit cara soalan tu . 

Aku jawab " Semuanya bergantung pada orang tu ..setiap tubuh badan kita ni kan berbeza-beza" "Kak Ain nak awak enjoy je dulu childhood awak ... biarlah awak jadi diri awak yang sekarang ni masih main-main dan gelak-gelak ". 

"Ada kawan saya asyik tanya saya je ..saya dah period ke belum". Hahahha . Nampak   topik ini harus diberi pendidikan yang menyeluruh terutama sekali kepada yang berumur darjah 4 ke atas . Tolong la kita yang dewasa ni ... Please give them a good knowledge. 

Macam mana nak cari pad yang sesuai , tanya anak-anak kecil ni darah diorang keluar banyak mana supaya senang nak pilih pad , cara pakai pad , macam mana nak handle emosi ketika period ! 

Sentuh tentang macam mana nak handle ni pun complicated kan . Aku yang dah doplohsembilan tahun dan tahun depan tiga puluh pun masih tak boleh handle . Tapi badan aku ni dia selalu bagi signal beberapa hari sebelum nak period .

Aku biasanya akan rasa sakit sebelum dan hari awal-awal period . Sakit ni macam sakit kat pinggang , craving entah apa benda makanan entah .. hahaha , badan rasa lesu  , lepastu haus je asyik nak minum air , cepat penat . Tapi aku tak la seteruk sampai nak kena telan ubat.

Kalau tengah awal period tu biasanya aku akan banyak senyap , dan banyak dengan dunia aku sendiri . Sebab emosi tengah tak stabil kan jadinya kita senyap aje la . Lepastu aku banyak tidur dan i jarang akan workout at that time . Tu jela yang aku buat to handle diri sendiri . Bukan itu sahaja , aku banyak tolerate dan cuba faham diri sendiri pada waktu ni . Kalau kita faham kita mudah nak bagi signal dekat oramg sekeliling yang kita tengah dalam not in a good mood.

So , untuk gurls semua...macam mana korang handle this situation ? Tapi untuk lelaki pun if ade opinion youre welcome to say it .. Topik ini sebenarnya tak perlu malu pun malah ianya memang topik untuk kaum wanita .. Aku pulak dahla tak suka subjek sains , jadi nya rasa susah nak terangkan pada anak-anak jiran tentang period cycle ni . Hahaha .. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Aku ingat lagi masa first day keluar period tu, aku teringat ustazah cakap, dosa semua.. kita sendiri tanggung.. mak bapak dah x tanggung.. masa tu mcm.. alamak... x bestnyaa.. hahahahaha.. Itu dari sudut agama la.. kalau permulaan tu, banyak gila keluar, then mak aku cakap, jangan cemas.. normal tu.. walaupun sampai aku pakai kain lampin.. sebab takut sgt.. ahahahahaha.tiber berdarah. kan... kalau sakit perut, swtakat ni takda sampai makan panadol.. cuma if minum air banyak banyak pun.. sakit tak tertahan, baru leh cuba telan panadol untuk sakit haid ni.. Huhu...

    BalasPadam
  2. Saya dulu pun period lambat, tingkatan 2. So cakap kat adik tu nikmatilah hidup selagi belum period. Cara handle sakit : tuam dengan air panas, rehat and jangan minum kopi. As for emosi, tu memang tak boleh jawab .walau umur dah lebih 30, selalu je dekat period nangis sorang2 tanpa sebab. Dugaan

    BalasPadam
  3. Lepas dah czer 2 kali, period pain makin horror. Tapi sabar je la, duduk terjelepok peluk bantal. Huhu

    BalasPadam
  4. Aku jawab dalam entri blog boleh?

    BalasPadam
  5. haa...sama weh, first day period mesti rasa badan lesu dan ngantok gilerrr...sedar2, rupanya dah berdarah..hahahahahhahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.