Susahnya nak kurus !!

Susahnya nak kurus !! 

Okay gais . topik 52 Hari ni ialah tentang "working on my fitness" . Aaaaaa... semalam kan aku pegi timbang berat aku . Rupanya aku masih stuck dekat 70+ kg . AAAA SEDIH .. Selama ni tak selalu timbang sebabnya dekat rumah tak ade . Tapi menurun la .

The last time aku timbang 75 plus , pastu 73 kg lebih , and semalam angka menunjukkan 72.8 KG . Aku SEDIH . TAPI , Aku belajar sesuatu .. Which is kalau nak sesuatu , aku kena work hard gila-gila . Insyallah , my target untuk sebulan ni atleast dapat pecah angka 7 tu pun dah okay . Tak sabar nak timbang and nampak angka 69 plus kg . Nampak 69 PON DAH START BERSYUKUR... 

Jujurnya , aku memang penakut nak timbang berat , sebab aku tahu ianya akan buat aku rasa kecewa . TAPI , kalau aku tak timbang , aku tak kan sedar .. Jenis aku pula kalau dah dapat figure macam gini , memang akan pulun betul-betul . Untuk yang tengah nak turunkan berat badan , aku nak advice yang ni . Jangan ikut orang ! Tengok diri sendiri .. rasa selesa kalau kita rasa macam dah longgar la baju kita pakai . Hakikatnya , kita tak betul-betul measure badan kita . Aku ni dah dua tiga hari carik tali pengukur kat rumah , eh tak jumpa pula. Hahhaha . Memang tak nak bagi ukur ke ape ?!.

Teringat dulu macam mana aku gila-gila turunkan berat aku memang measure weh . Aaaaa , memang nak comeback gila-gila semangat nak kurus tu . Semoga aku kuat .. Kalau kira-kira balik ..untuk capai berat yang ideal dengan ketinggian aku ni.. Aku kena buang lemak sebanyak 30 KG . 

30 KG untuk dihilangkan pada tahun 2021 . 

Nombor 30 kg ni harus disingkirkan .. Aku dah start sukat nasi yang aku ambil . Hanya sebesar penumbuk sahaja setiap hidangan . Mostly aku ambil nasi 2 kali je sehari . Lepastu aku nak kurangkan makan benda-benda jajan . AAAAAA , banyak yang kena kurangkan . 

Jujurnya , masa nampak angka 7 tu .. aku sedih . Timbang pulak dekat Tesco , takkan lah nak menangis kat situ. Hahahah . Eeee , aku tak sabar nak pecahkan angka 7 tu . 

Aku ni pendek , ketot. Tinggi 153 cm . What do you expect to carry berat macam gitu ? Aaaaa SEDIH WEH . Tapi , sedih pun kena ada effort kan . 

Doakan semoga Nur Farahain berjaya memecahkan angka 7 sebulan lepas ni . Insyallah , nanti aku update lagi eh Ain Kurus journey ni . Insyallah .

Kisah lama : Aku join jom kurus 


Post a Comment

2 Comments

  1. Ehekk.. samaaaa! Aku dah malas niii.. stuck di situ... turun naik. haritu dah 67.. but then tak jaga punya pasal... boleh naiklah balil dgn jayanyaaa.. Sebelum naik balil ke berat asal, x muat segala benda... let kurus dengan sihat again, kan... jommm.... chaiyokkkkkkk..... Moga berjayaaa woi!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.