Resepi Sambal Mee Kari

 Resepi Sambal Mee Kari

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa mee curry ada sambalnya sendiri.
Letak sambal ke atas mee curry dan gaul sebatikan...sangat sedap tak terkata.

Bahan dikisar halus:
  • Bawang merah 6
  • 3 Bawang putih 
  • Udang kering 1 sudu besar/ikan bilis 15 ekor 

Cara:
  1. Panaskan secawan minyak dan tumis kesemuanya sampai garing 
  2. Masukkan cili mesin 1 cawan.kacau sampai pecah minyak 
  3. Masukkan : garam 1/2 sudu kecik , Gula 4 sudu besar , Belacan sikit ( jika nak) , Ajinomoto/kiub ayam 1
  4. Kacau sampai sebati.kacau lagi sampai pecah minyak 
  5. Biarkan dia didih... masukkan santan pekat 1/3 cawan.kacau kacau.pastu tutup api.
Kredit IDASHAHIDA

Catat Ulasan

0 Ulasan