Aku Dah 30 Woi *sedihnya!* - Aku Ain Kau Siapa

Wednesday, March 3, 2021

Aku Dah 30 Woi *sedihnya!*

Aku Dah 30 Woi *sedihnya!*

8 Februari 1991 , itulah saatnya seorang hamba Allah yang dilahirkan di dunia ini .tarikh itu merupakan hari kelahiran pemilik blog ini yang diberi nama Nur Farahain .. Teringat dulu ibu dan ayah cakap sepatutnya nama Ain lain tau .. 

Tapi ,
Nama tu dirompak oleh katil sebelah .Hahaha. kelakar jugak kan. Kalau tak nama aku Siti Sarah Nur Marlina . Yer.. sumpahhh takk tipu .. Aku ingat sampai sekarang .. Tu la nama aku .. Siap ade Siti lagi kauuuu.. Hahaha . * kalau ade nama anak sedap.. jangan bagitahu dekat orang . Rahsiakan dulu. Hahaha .


Tapi , aku berbangga memiliki nama Nur Farahain yang membawa maksud Cahaya Kegirangan / Kegembiraan / Kebahagiaan Mata . Kalau nak tengok aku ceria ke , happy ke ..boleh direnung dari mata aku.. Gituwwwww.

Orang yang nama farah ni biasanya dia punya happy melebih-lebih . Hahaha .. Aku tak nafikan! . Sebab aku macam gitu la. Hahaha ..(tengok hahahaha tu memang taip sambil gelak yerr) HaAhahhaa.
Anyway , aku dah 30 woi... Birthday aku disambut dengan sederhana dan simple .. Pastu aku pulak tak la request nak meriah-meriah even aku siap masak nasi ayam yer . Sepatutnya birthday gurl mestila gantung kuali time tu. Hahhaah .Tapi aku sendiri yg tak nak .. Aku lebih suka bersederhana.

Macam biasa menerima suprise dari jiran sebelah . Aaaa so sweet 💕 Kita rasa tacinkk sangat masa tu.. Yelah.. kita kan dah takde ibu .. bila orang suprise kan macam gitu...terasa sangat kasih sayang tu ..Terima kasih juga kepada mereka yang wish . Saya hargai semuanya . oh ya specialnya birthday aku kali ni disambut bersama dengan Kak Tini ..sweet sangat dua-dua dapat belon pada hari tu .Hahahaha.
Nak ape umur 30 ni ? Nak jodoh yang baik🙈 Nak lelaki kiriman tuhan yang terbaik .. Walaupun hakikatnya aku tak langsung menyiapkan persediaan ke arah perkahwinan. Hahaha. 

Tapi , tak salah kan doa.. Kadang-kadang rasa lonely woi.. Serius..😭 Tapi bila ada kawan-kawan dan anak jiran terus rasa okay . Insyallah .. orang cakap... nak dapat jodoh yang baik ..kita kena jadi baik dulu.

Aku pun sekarang sedang cuba untuk jadi yang terbaik.. Terbaik disisi Allah itu yang paling penting. Kalau terbaca posting ni..doakan ain dapat jodoh yang terbaik dari Allah okay . ❤️

siapa la lelaki kiriman tuhan yang akan melafazkan "aku terima nikah Nur Farahain Binti Zainal Abiddin dengan mas kahwin RM 22.50 tunai " tu ehk... 😍

Welcome to 3 Series ...Nur Farahain ... may Allah always give happiness to me .

11 comments:

  1. heheheh.. Iman dulu pun, siiiiikit lagi nama ada Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha 🤣🤣🤣🤣🤣 siti iman fatiha

      Delete
  2. eh apa salahnya guna nama yang sama jugak..baru lah rare kalo bertemu di kemudian hari..jumpa orang nama sebijik seketul sama ngan kita..4 perkataan pulak tu...hahahahhah

    kalo tak, boleh jadi team siti 😝

    dulu nama akak pulak hampir nak ditukar sebab asyik demam masa baby..akak baca surat yang pakcik dari kampung hantar dekat bapak akak...hampir kena tukar jadi siti maryam..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahahahahahaha kalau tak jadikk cik yam bukan cik sun.. hahahahahahahahaahahahahahaaaha 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

      Delete
  3. Hepi belated day Ain.. Moga cepat ketemu jodohnya..

    ReplyDelete
  4. nak tengok jugak lelaki kiriman Tuhan untukmu, Nurfarahin.. kiriman dari Tuhan, tentunya lelaki yg baik utk Ain

    ReplyDelete
  5. Hepi belated birthday Ain. Semoga semua impian awak tercapai, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.