3 JDT Blogger , nama Farah yang sama *berbuka puasa together *
Weee , masa puasa hari kedua tu kitorang sempat berbuka puasa bersama . Kisahnya , kalau blogger ni memang selalunya berkesempatan jumpa dekat event - event je la . Kitorang berjumpa ni dkt GBW Hotel yang terletak di bandar raya Johor Bahru sempena buffet ramadhan .
Sebenarnya , hampir nak cancel jugak tapi Huda cakap kita gerak saing , *gerak together * saing tu perkataan orang Johor , maksudnya pergi bersama - sama . Maka ,terjadilah perjumpaan kitorang . Datang - datang je nampak ramai dah berpusu - pusu ambil makanan tapi nama pun blogger kan mestilah ambil gambar-gambar makanan dulu . Hehehe .
Settle je ambil gambar , kitorang ambil makanan yang ringan je macam buah dan sekeping pizza sikit sebagai alas perut . Memandangkan tahu akan berebut-rebut nak solat nanti dan ruang solat pun boleh muat 6 orang je , kitorang pun decide solat dulu lepastu baru sambung makan . Itu pun tak la banyak sangat kitorang makan . Entahlah , mungkin sebab memang dah tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak kan .
Oh , yang sebelah ain tu dia Sonny daripada Filipina. Semenjak PkP dia banyak stay di Johor Bahru . Omg ! Kemain kitorang semua menyembang macam - macam . Banyak yang dia kongsikan tentang media di Filipina , macam mana blogger dan influencer di sana . Ain siap bagitahu lagi , "You know what , i am a big fans of drama and film from Philippines" Hahahaha . Sempat aku bagitahu ni !
**Sonny punya website : Jomtaralets
Bestnya kalau banyak pergi event tu la kita berpeluang untuk berjumpa dengan ramai orang dan dari situ kita akan dapat tahu lebih banyak pengalaman .
Mungkin ada yang percaya atau ,mungkin ada yang tak percaya kitorang mempunyai nama yang sama iaitu Farah ! . Iya , mohon percaya . Nasib la aku letak link blog aku ni sebagai AKU AIN KAU SIAPA . hahahahha . Kitorang tiga - tiga ni dalam satu group yang sama iaitu JDT Blogger .
Bukan itu sahaja , sebenarnya ketiga - tiga kitorang ada citarasa yang sama iatu suka kepada warna pink ! HAHAHAHA . Eh ada lagi , ain sebenarnya rabun dan pakai jugak cermin mata cumanya sekarang lebih selesa pakai contact lens .
Happy sangat dapat berbuka puasa together~~ time tu jela dapat berborak - borak face to face . Kalau tak memang tak sempat punya nak jumpa hangout together
Nak tahu blog diorang ? Ain tinggalkan link blog diorang kat bawah ni okay !
0 Comments:
Catat Ulasan
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.