IKEA Tebrau Anjurkan Program CSR Di Rumah Anak Yatim Shafar

 IKEA Tebrau Anjurkan Program CSR Di Rumah Anak Yatim Shafar : 

Assalamualaikum dan salam ramadhan hari ke 8 . Alhamdulilah , bersyukur sangat tahun ni kita masih diberikan peluang untuk berpuasa di Bulan Ramadhan . Kebiasaannya , bulan Ramadhan ni akan banyak program - program berbentuk islamik serta program kebajikan . Antaranya ialah program CSR (Corporate Social Responsibility) yang dianjurkan oleh IKEA Tebrau .

program csr ikea di rumah anak yatim shafar


Pada jam 4 petang , kami berkumpul di Rumah Anak - anak Yatim Shafar yang terletak di Kampung Pasir Tampoi Johor Bahru . Sejujurnya , ain tak pernah lagi sampai ke sini dan tak berapa tahu sangat tentang rumah anak yatim disini . Tapi ,Alhamdulilah diberi peluang untuk bersama dalam program CSR .

Program ini bermula jam 4 petang , awal nya kami berbual - bual dengan anak - anak yatim disitu . Subhanallah . Rasa sayu hati ini ye la ain pun dah tak ada ibu . Melihat wajah adik - adik tu , rasa sebak di dada . Comel - comel sangat ! Bukan itu sahaja , pujian harus diberikan kepada pengurusan Rumah Anak -anak yatim shafar kerana menjaga kebersihan sepenuhnya . Boleh dikatakan sangat bersih di kawasan rumah ni .
program csr ikea di rumah anak yatim shafar

program csr ikea di rumah anak yatim shafar


Selepas berbual - bual dan berkenalan dengan adik - adik disitu , sumbangan makanan untuk berbuka dan barang keperluan dari produk IKEA disampaikan oleh pihak IKEA . Jelas terpancar wajah ceria adik - adik tu bila mendapat sumbangan .

Bukan itu sahaja , sebelum kami beredar pulang , mereka sempat membuat persembahan "terima kasih" kepada pihak IKEA . Banyak kali juga mereka 'bye bye ' kitorang semua . Semoga Allah sentiasa memelihara mereka semua . 
program csr ikea di rumah anak yatim shafar

program csr ikea di rumah anak yatim shafar


Terima kasih IKEA Tebrau kerana sudi membuat program CSR ini . Semoga lebih banyak lagi program -program dapat dijalankan di sekitar Johor ini . 

Catat Ulasan

0 Ulasan