Mee Sizling Masak Dekat Rumah Je Yang Penting Kenyang !

Assalamualaikum . dasyat tajuk kita pada hari ini yer . Kihkihkih . Kisah nya ain dengan ain abang ain jenis hantu mee sizling . Kalau pergi ke food court Giant mesti akan order mee sizling . Padahal nak makan nya memerlukan kesabaran sebab panas . Silap haribulan boleh melecur lidah . Hahahaha . Tapi tu lah dah memang favourite kan . 
Cerita kejadian ni boleh berlaku sebab jiran bagi yee mee ni . Dia cakap goreng sedap . Aku pula terasa nak mencuba buat sendiri mee sizling walaupun tak ada pan panas tu . Guna je la apa yang ada . Terkial -kial juga nak buat mula - mula. 

Lalu ain pun mencedok resepi dari blog kak Seri .  Link nya disini . Resepi Mee Sizling . Cuma nya ain kurang bahan Kah! Spesis Ain ni jenis tak cukup bahan tak pe , janji masak ! Giteww . Maka terhasil lah mee sizling hasil air tangan sendiri . 
Rasa bangga juga la sebab ni first time buat . Alhamdulilah , kenyang perut berbuka tadi . Masak kan sekali jemput - jemput dan sos pencicah buat sendiri (letak lemon) je dan buah epal . Cukup la juadah berbuka tu! Yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi . Diberi kesempatan masa dan tenaga untuk memasak pun dah bersyukur. 

Itu sahaja kisah memasak saya pada hari ini ! Wah ! Nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah masakan?. Klik sini .. Awak Makan Ape

0 Comments:

Catat Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.