Tauhu Begedil Simple Asal Boleh Telan Je !

Assalamualaikum . Hari ni dah masuk 14 Ramadhan . Dah 2 minggu kita berpuasa. Ya Allah sungguh cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah dua minggu . Hari ni rancangnya nak buat mee sizling dah siap beli bahan tapi rezeki awal muncul apabila jiran memberi lauk kari ayam dan keow teow . Allah nak bagi aku relax sikit kot tapi tak relax sangat la. Masak nasi untuk dimakan dengan lauk tu serta terasa nak buat tauhu begedil . Habiskan stok tauhu pok tek yang cuma tinggal berapa ketul je tu . Tauhu begedil ni pula memang kegemaran ain ! sangat favourite! 

Buat ikut resepi sendiri je , kalau ikut orang yang meniaga macam-macam bahan diletaknya tapi seketul Farahain memang tak cukup bahan takpe , janji masak ! Aaaaa giteww.. Hahaha . Maka terhasil lah tauhu begedil dan buatkan juga begedil untuk makan tambahan abang aku sebab dia tak makan tauhu begedil . 

Ni la gambarnya tauhu begedil pesyen ain . Janji boleh telan . Sedap tu ikut tekak sendiri , asal boleh telan sedap la tu. Hehehehe . Korang berbuka apa tu ? 

2 comments:

  1. baru nak tanya, nak masak mee sizling, cukup bahan ke tak? Rupanya dia pi buat tauhu bergedil tak cukup bahan takpa janji masak, hahaha

    ReplyDelete
  2. eh semalam pun ada makan tauhu bergedil gak..Nani yang beli...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.