"Ramai Orang Takut Nak Mengaku Tak Bahagia ... Malu agak nya!"

 
rasa tak bahagia


"Ramai Orang Takut Nak Mengaku Tak Bahagia ... Malu agak nya!"

Zaman sekarang ni, makin ramai yang mengaku diri mereka tidak bahagia. Manakan tidak, tengok ajelah statistik kemurungan dan kegelisahan di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Apapun, nak tak ain kongsikan tips ringkas menjadi lebih bahagia?

#1 Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Usahakan untuk tidur 7-9 jam sehari. 

Tak perlulah berjaga malam semata-mata untuk menonton drama atau filem. Tidurlah. Rehatkan badan. Beri ruang kepada otak kita untuk berehat daripada mencerna maklumat.

Lagipun, berjaga malam juga ada banyak mudaratnya. Antaranya risiko kepada kanser, obesiti dan pelbagai masalah kesihatan lain. Kalau korang jenis susah tidur malam, cuba mandi dengan air suam untuk tenangkan badan dan jauhkan diri daripada segala skrin, telefon atau komputer.

#2 Bangun Awal 15-30 Minit

Bila kita bangun awal, kita ada banyak sangat masa terluang untuk buat perkara-perkara rutin harian. Bangun awal pun akan mengurangkan risiko kita terkejar-kejar nak ke tempat kerja atau kolej contohnya. 

Kalau selama ni korang jenis bangun lambat, cuba esok try bangun awal 15 minit, walaupun esok hari Ahad!

Isi masa awal pagi tu dengan pelbagai aktiviti, sama ada mengaji, membersihkan rumah, menggosok baju kerja minggu depan dan sebagainya. Banyak kan benda boleh buat?

#3 Buang Barang Yang Tak Diperlukan

Bak kata Marie Kondo, hanya simpan barangan yang spark joy sahaja!

Mana-mana barangan yang sudah lama tak digunakan dan langsung tak diperlukan, buang, derma atau juallah kepada mereka yang memerlukan.

Kalau nak tahu, masalah hoarding ni juga akan buatkan mental, emosi dan psikologi kita terganggu. Yalah, bayangkan kita berada di dalam sebuah bilik yang penuh barangan, dari sisi kiri ke sudut kanan?

Rasa lapang atau sesak?

#4 Belajar Perkara Baru

Manusia ni makhluk organik. Kita sentiasa perlukan sesuatu baharu dalam hidup bagi memastikan flow tu berjalan ke tahap seterusnya.

Jadi, cubalah belajar benda baru untuk cari kebahagiaan. Jangan rasa cukup dengan ilmu yang ada. Belajarlah. Tambah ilmu. 

Ada banyak sangat hal-hal duniawi yang kita boleh pelajari, dan dapat dimanfaatkan agar bertambah kesyukuran dan keimanan kepada-Nya. Okay, lepas ni boleh cari perkara baru yang nak dipelajari okay?

#5 Berehat Daripada Media Sosial

Media sosial ni sebenarnya lebih banyak hal palsu dan menipu daripada realiti. Asyik melihat media sosial juga akan menyebabkan kita ni membandingkan kehidupan sebenar sendiri dengan orang lain.

Akhirnya, jadi tak bahagia!

Cuba lepas ni, kalau rasa nak berehat daripada kerja hakiki, korang main game, membaca atau mengaji? Daripada scroll media sosial yang hanya buatkan korang rasa down, lebih baik buat perkara berfaedah! 

Baik, ada 5 tips senang yang boleh dilakukan korang. Ain ringkaskan di bawah:

1. Dapatkan tidur yang cukup
2. Bangun awal 15-30 minit
3. Buang barangan tak diperlukan
4. Belajar perkara baru
5. Berehat daripada media sosial

Cuba tips ni dan saksikan hidup korang berubah 🥰

nak tips lagi ? klik sini 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kadang media sosial pun boleh jadikan seseorang dalam tekanan jugakan.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.