Selamat Pulang Ke Tanah Airmu Indonesia Wahai Kak Tini

Selamat Pulang Ke Tanah Airmu Indonesia Wahai Kak Tini 

Hari ini..rasa nya sedih sangat! Sangat sedih tapi mampu dikawal perasaan ini .. Kakak yang selalu menjadi kawan berbual aku di rumah dah pulang ke Indonesia. Pulang terus.

Sedih sangat! Tapi untuk kenangan yang terindah, ain cakap dengan kak Tini.. "kak jom ambil gambar buat kenangan" . Sebelum dia bergerak ke KLIA bersama majikannya , terus ambil foto nya duluan. 

Menitik juga air mata ku. Tapi masa hadapan manusia kita tak boleh nak halang . Kak Tini juga punya anak masih sekolah , pastu anak perempuan pulak tu. Mesti lah itu yang difikirannya kan. 
Tapi , ain rasa bersyukur sebab rapat dan bersahabat dengan Kak Tini . Dengan dia , banyak erti kehidupan yang ain pelajari . Daripada bab urus rumah , maklum la ain kan dah tak de ibu , dia yang selalu tegur. "lagi cucian kak Ain" -ketika tengah jemur baju , "kak ain nak ke mana" - kalau nampak aku nak keluar , "masak ape hari ni?" . Seperti pertanyaan ibu ibu gitu. *alamak , sambil menaip ni pun menitik air mata . 

Doaku semoga Kak Tini selamat hendaknya ke pangkuan keluarga nya. Semoga Kak Tini mencapai impiannya. Insyallah , nanti kita boleh selalu ber video call ..

Sempat kak Tini cakap "mintak maaf yer andai ada salah silap gurauan ke". Aku pun cakap macam gitu jugak! Alaa sedihnya. 

*Kak kalau rindu ..boleh baca blog ni yer. kalau rindu boleh bukak youtube abang zaki. kalau rindu boleh tengok Instagram dan TikTok ku" Terima kasih untuk persahabatan ini.

"Walaupun jauh di mata tetapi tetap dekat di hati" ❤️

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.