Main Bunga Api Dengan Anak Jiran Waktu Malam Raya

Assalamualaikum . baru lah nak update sikit sikit kisah raya PKP walaupun tak ke mana mana tapi Alhamdulilah dapat juga rasa sedikir kegembiraan berhari raya . Raya sendiri je dengan adik beradik , jangan cakap aku beraya dengan keluarga pula ye . Raya sendiri ni maksudnya semua kena buat sendiri . Masak sendiri .Kemas rumah sendiri . Tak pa la , mungkin begitu lah kehidupan yang perlu dihadapi oleh seorang Farahain . 

Malam raya tuari memang rancang basuh halaman rumah , sental kasi bersih . Lepastu siap basuh kereta sekali . Kereta pun nak raya juga. Kihkihkih . Penat memang penat . Bila kena PKP ni la masa yang sesuai untuk kemas rumah betul -betul . Boleh baca kisah kemas mengemas ain sebelum hari raya
Jadinya , masa bersihkan halaman depan rumah tu , nampak pula anak jiran bermain bunga api . Kita pun tumpang sekali la . Cumanya malam raya haritu kemain meriah ehk berlawan lawan bunyi mercun . Pompang pompang pompang . Kalah raya cina . Hahaha. 

Tapi anak jiran sebelah ni pula masih kecil , jadinya mak ayah dioranh belikan bunga api je la . Kelakar nya diorang buat bunga api tu macam masak nasi goreng . Pula tu sambil nyanyi lagu ciptaan sendiri " goreng goreng goreng ... goreng nasi goreng" . Tergelak gelak Kak Ain tengok . Adik pula goreng keow teow . Siap pegang bunga api kedua belah tangan (bayangkan orang tengah masak keow teow) Hahaha . 
Gitu la kejadian malam raya bermain bunga api bersama anak jiran . 

Boleh baca juga banyak kisah anak jiran . Klik je tu okay ! Selamat Hari Raya PKP. 

Post a Comment

1 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.