5 Sebab Kenapa Orang Suka Tengok Drama Korea

Annyeonghaseyo (안녕하세요)  ! Wah ! Sejujurnya, kalau nak bercakap tentang jumlah drama korea yang ditonton oleh ain . Alamak nya kalah teruk la dengan Kpop Lovers ! Ain bukan la hari hari yang jenis layan kdrama atau movie korea . Tapi semenjak PKP ni , ada la juga terjebak tengok. 

Drama The Penthouse tu . Dah sampai season 3 yer tuan tuan dan puan puan sekalian. Saya terikut sama dari season 1 . Hahaha . 

Jadi , ain senaraikan 5 sebab kenapa orang suka menonton kdrama atau drama korea :

✅ Hero handsome 
Rasanya ramai perempuan bersetuju dengan kenyataan yang ini . Mungkin citarasa dan kesukaan setiap manusia suka memandang pada paras lupa yang elok . Siapa hero korea yang paling korang crush teruk ?. Aku ?. Ermm tak ada lagi . Hahaha .

✅ Plot Twist Drama
Plot twist drama korea bukan biashe biashe ye . Malah boleh mendatangkan rasa sakit hati terutama sekali kalau drama kes rumah tangga dan skandal ini . Hahaha . Punya la bermacam plot twist kemain dasyat sampai mengakibatkan ramai Kpop Lovers ni akan follow drama tu sampai ke episod yang terakhir .

✅ Lokasi Pengambaran
Tak dinafikan bila kita menonton sesebuah drama pastilah kita akan berangan dan feeling feeling nak pergi ke sana . Dari segi sinematografi drama korea memang cukup mantap . Kalau tak , tak ada la sampai kpop lovers ni teringin nak ke sana.

✅ Nama Watak
Jenis nama watak ni pun main peranan . Boleh dikatakan nama orang korea ni 3 gerabak biasa nya . contoh  Bae Ro Na . Hahaha . Sampaikan terkadang konfius nama watak sebab susah nak ingat . Tabik la siapa pemjnat drama korea ni siap boleh hafal skrip eh siap boleh ingat sekali nama penuh watak dalam drama tersebut .

Keunikkan Budaya 
Bila kite menonton drama korea secara tak langsung kita akan terfikir oh macam mana yer rasa makanan korea ni ?. Sedap ke ?. Cantik nya pakaian dia . Putih nya kulit orang korea . Jadi sebabtu la rasanya orang suka sangat tengok drama Korea . Dari drama sendiri ,banyak benda yang kita boleh pelajari kan .

Uolls K-pop Lovers ke tu?.

2 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.