Masak Nasi Ambang Ayam Masak Merah

Assalamualaikum .Hari ni niat nak masak banyak sikit . Sebab nya nak pulangkan dulang untuk jiran sebelah kanan saya . Jiran sebelah kiri pula bagi mangkuk tingkat . Orang dah kasi lauk sedap sedap takkan lah kita balas tak sedap kan. 

Pening juga pikir nak masak apa . Jadi nya masak jela Nasi Ambang . Selalu nya masak ayam kicap tapi kali ni tukar selera sikit Ayam Masak Merah . Style masak pun kurang minyak . Ayam Masak Merah ni ain tak goreng tapi sebalik nya perap dengan rempah ayam goreng dan masak di airfryer terlebih dahulu . 
Lepastu masak nasi nak lagi bertambah sedap letak daun pandan . Sayur pula masak je macam biasa . Mee pula mee bodoh goreng gitu je . Bahan apa tu tak ada . Nasi ambang ni tanpa mee rasa tak lengkap nya kan . Tapi nasi ambeng style ain ni tak la lengkap sebab tak letak ikan kering dan serunding manis . 

Janji apa yang ade je la ! Alhamdulilah . Penat memasak dalam kuantiti yang banyak sebenarnya . Tapi okay lah ..Tak cukup bahan takpe , janji masak ~~~ 

close up sikit ayam red. Kihkihkihhh .. 

Post a Comment

1 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.