Bersihkan Kebun Depan Rumah

Assalamualaikum . semalam berjanji dengan jiran sebelah nak sama sama bersihkan kebun depan rumah . Yela , semenjak kak Tini dah pulang ke Indonesia .. Makin menjalar daun daun . Tu belum lagi kes daun kering bersepah sepah tak ada yang menyapu . Kadang kadang je aku rajin sapu . Kalau hari hari tu macam belum sampai seru lagi . hahahaha

Kami memulakan pembersihan nak dekat pukul 10 . Itupun bersih tak lama mana pun . Sebabnya tak larat . Mungkin bersambung sambung lagi di masa akan datang .Hahahah .
Apa yang kami lakukan ? Kitorang mula membuang segala pokok yang mati , daun daun yang menjalar semua buang dulu. Kasi clear . Dekat kebun depan rumah ni hidup segar betul daun kesom . Jadinya , kitorang potong yang daun daun yang dah kering dan asingkan mana yang elok . Siap bagi dekat jiran jiran yang lain lagi . Rasanya ramai yang buat asam pedas atau laksa semalam. Kihkihkihhh . 

Pukul 11 lebih kami stop sebab tak larat oi dengan tak masak untuk lunch lagi . Bersambung pada waktu petang. Disebelah petang pula kitorang gembur kan tanah serta mana pasu pasu plastik yang dah lama keluarkan tanah . Tu yang nampak kitorang cucuk semula serai . 

Projek mengemas kebun ni kitorang rancang nak cantik kan dan susun semula mengikut pokok . Mesti jadi lagi cantik lepastu kan . Tapi tu la , sempat buat bahagian situ je dulu . Kendian kendian hari baru rancang nak uruskan bahagian yang lain pula. 

2 comments:

  1. Daun pisang kering tu kalau ditrim lagi nampak kemas

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.