Cara Kurangkan Makan Nasi


Assalamualaikum . Lately ni kan ain tengah dalam proses menjaga portion makanan . Jadinya idea ni timbul di TikTok . Ada orang kongsi cara nak sukat berapa banyak kuantiti makanan yang kita makan .

Bila nak turunkan berat badan , nasi la yang paling orang ramai nak elak . Kononnya makan nasi la punca berat naik . Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang kita makan antara punca kenaikan berat badan .

Jadi , ini salah satu cara mudah ain sukat kuantiti nasi yang dimakan . Actually , dah lama beli benda alah ni . Hahaha . Tapi tak terfikir pulak buat sukat nasi .
Boleh kenyang ke ?. Hmm baru hari ni eksperimen . Kita tengok macam mana kan . Sebab penumbuk ain kecik je . Orang cakap nak sukat karbo ni ikut berapa besar penumbuk kita . Jadi nya , sukat ni lagi kecik sikit dari besar penumbuk ain . Hahaha .Size cup ni ialah 1/2 cups . 

Kita cuba okay ! 

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.