Makan 12 Ulas Durian ! Fuhh lemak manis betul rasanya !


Assalamualaikum. Kalau ada yang dah baca posting ain tentang Kenduri Durian Di Malam hari pasti dah tahu yang jiran ain bagi durian . Diorang bagi 2 biji durian . Haritu kopek sebiji je . 

Kali ni dipetang hari pulak kitorang kopek ! Fuh , kali ni memang betul-betul kenduri yee . Sebanyak 12 ulas durian ain makan ! Yerrr ain kira ! Buat ape nak menipu kan ! Dah nama pun hantu durian ! Mengaku je la . Tapi jenis suka makan buah durian . Kalau macam kek atau dessert durian kurang berkenan . 

Betul - betul menghayati yer rasanya bila dapat makan durian ! 
Setiap suapan amatlah bermakna buat diri ini ! Rezeki kitorang jiran bagi durian kan . Kalau nak beli sendiri rasanya tak ada craving lagi . Tapi , betul lah Tuhan kalau nak bagi rezeki , haaaa kau Durian di kasinya ! 

Kali ni punya kenduri durian lain maciam yer geng ! Aku je telan 12 ulas . Abang aku entahh berapa ulas tapi lagi banyak lerrr dari aku . Bila nengok balik gambar rasanya ada dekat 30 ulas ni untuk sebiji durian beso gitu je haa..

Durian ni rasa lemak bekrim . Original rasa manis yang sebenar ! Lebih suka manis buah gini dari air manis atau dessert . Itu manis potong kaki . Hahaha . Ingat lepas makan durian ni , petua nya kena minum air dekat kulit nya . Boleh kurangkan panas dalam badan dan boleh elak sakit tekak kan ?.!  Siapa hantu durian ? Baik ngaku ! Kihkihkihhh 

Post a Comment

4 Comments

  1. Puas makan durian. Isinya pun elok jew.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa. kita hantu durian gak ni, nak repeat lagi kena tunggu akak ipar habis pantang hehee

    ReplyDelete
  3. Harini i telan banyak jugak..
    Tapi tak kira berapa ulas .. Aku takla minat sgt.. kdg kdg dah habis baru tanya mana durian... Wakakkaa..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.