Alhamdulilah..berat turun lagi !

Assalamualaikum .. Sudah menjadi rutin setiap hari sabtu ain akan timbang berat . Alhamdulilah , target achieve .. Dalam hati berkata , pada tarikh 14 ogos , aku mesti dapat berat tu . Mesti pecah angka depan .Guess what ?  Aku berjaya wehh. 

Pada 7 ogos , aku timbang dan berat aku 70.2kg dan seminggu lepastu berat aku terkini 69.3Kg ! Ya Allah , rasa macam bersyukur gila .. Bersyukur sangat . Bila ain tengok balik ain pernah je dapat berat 69.7kg pada tahun 2020 tapi sebelum PKP yang first .
Selepas itu , kelaut habis . Macam sebelum sebelum ni ..kali ni journey dia sangat berbeza . I really enjoy it ! Sebabtu ain rekod je segala apa yang ain makan di blog ni .. Boleh tengok dekat Ain Kurus

Insyallah , mengharapkan lebih banyak lagi penurunan .. Berat yang ain aim ialah 50 KG . Insyallah . Maksudnya still a long journey to go . Still 19.3 kg kot nak turun .. But , slowly but surely perhaps kan . Sebenar nak aim lagi sampai 44-45 kg macam gitu sebab ain punya tinggi 153cm . Cumanya , lets put 50 kg first kan . 
Doakan semoga ain istiqomah lagi yer . Insyallah . Ain nak kurus untuk lebih sihat .. Ain nak kurus to make myself proud ! Ain nak kurus sebab i really love myself 🧡 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Alhamdulillah...Syu tak tahu bila nak kurus😂. Sejak lockdown ni, rasanya macam makin memvoolat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah ... Start control makan dulu ...Jgn makan malam .. Jangan tambah makan .. hehehe . selamat mencuba

      Padam
  2. wowww inspired! nak turun jugakkk!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe . jom kak... sesama kurus... bosan lerr dulu asyikkk sesama makan je kan..😜😜

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.