Perkhabaran Duka 😭

Hari ini hari yang penuh duka . Sedih sangat rasanya .. Benarlah ujian covid ni ujian kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah . 

Tanpa disedari , makcik jiran yang kami semua nantikan untuk pulang kembali sihat akhirnya pergi meninggalkan kita semua jam 12:30 tengah malam . Aku tidur awal . Aku off internet telefon . Entah macam mana jam 4 pagi aku tersedar . 

Terasa ingin menge "check" something . Buka whatsapp group kejiranan . Allahuakbar . Sayu nya hati ini . Sungguh makcik tu baik sangat . Dia sangat bagus dalam mengalas jawatan nya sebagai setiausaha di kejiranan ini . Makcik itu la yang menjadi penggerak yang kuat dalam khariah kami . Teringat pula dulu aku letak jawatan setiausaha tu🥲 atas hal peribadi . Lalu makcik ni yang ambil tugas itu . Aku sangat hormati dan kagumi makcik ini.

Malah dia jauh lebih bagus menjalankan amanah dan tanggungjawabnya pada kejiranan . Dia jaga tempat KRT tu sama macam dia jaga rumah dia . Dia orang yang terawal membuka lampu krt dan orang terakhir yang menutup lampu krt ketika dulu kami mengadakan majlis yassin dan tahlil pada hari jumaat .

Dia antara yang penggerak utama jika ada program masak memasak . Rasanya , dia la antara makcik yang paling penat bila ada program yang berlangsung .

Allahuakbar .. Terngiang pula ditelinga antara perbualan "peribadi" aku dengannya .Dia tanya "ain dah pernah pergi yer Pulau Belitung Indonesia tu" 😭 , "ain okay ke dengan mak tiri?" . Paling latest dia pernah cakap dengan aku " Anak tu ..pernah cakap.. Kalau mak meninggal, tak bagi ayah kahwin lain 😭.. dan jawapannya "alaa kalau dah nak kahwin , halang macam mana pun tetap kahwin juga "  . Makcik ni tak suka makan taugeh , kalau ada makanan yang ade taugeh , mesti dia akan asingkan taugeh tu .Lepastu dia ni selalu je senyum ... Senang cerita keperibadian makcik ni memang dikagumi.

Bayangkan makcik-makcik yang lain pun sedih dan sayu gila . Kami sempat buat kan majlis yassin dan doa untuk dia .. Baru semalam kami doakan semoga dia kembali cepat sembuh .. Akhirnya , ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya .

Benarlah ... Dunia kini masih dibanjiri dengan covid ..kita selalu diberitakan tentang khabar duka .. Al-Fatihah untukmu Hajah Asiah Binti Rapiee. Semoga cik asiah disayangi oleh Allah , dipelihara oleh Allah dan semoga ditempatkan di Syurga yang terbaik .

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alahu Akbar. Sesunguhnya daripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita akan kembali. Al-Fatihah untuk Hajah Asiah Binti Rapiee. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

    BalasPadam
  2. Sedihnya .. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman...

    Allahuakbar.. Moga kita jua terpelihara terusss dari penyakit Covid 19 ni . Amin

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.