Sedar tak sedar...Genap 100 hari aku tulis tentang ...


Assalamualaikum.. 7 September 2021 .. Genap 100 hari ..Ain dokumenkan apa yang ain makan setiap hari .. Di tags ain kurus

Best ! walaupun kadang tak sempat nak update kat blog ni , tapi ain tetap tak lupa tangkap gambar makanan sebelum ain makan . Tak sangka kan diam tak diam , ain berjaya kosisten kan sehingga 100 hari . 

Best juga sebenarnya buat self journaling macam gini . Dari gambar la ain akan monitor oh macam gini banyak ain makan setiap hari .

Permulaan self journaling ni untuk rekod kan sendiri je . Tak ada pun niat nak sharing sharing ke apa . Tapi sebab rasa  blog ini adalah sebahagian my diary ! Why not ain rekod kan kat sini . 

Ain pula jenis suka tangkap gambar makanan alang - alang tu lebih baik ain update je la kan kat sini . Nanti boleh baca balik . Insyallah , nak rekodkan sampai dapat berat 50 kg ! Wah ! Okay ! Let's do it ! Insyallah . 

1 comment:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.