Hias Katil Sendiri Sebijik Macam Dekat Hotel

bilik tidur simple



Assalamualaikum . Katil ni tempat yang paling penting untuk kita . Terutama untuk dapatkan tidur yang nyenyak . Jadinya , ain memang akan sentiasa tukarkan cadar dan comforter katil ni . Boleh dikatakan 4-5 hari sekali akan ditukar . 

Dulu ain tak ambil serious sangat , jenis pemalas nak tukar . Entah berapa bulan agak nya baru tukar . Sekarang , ain kumpulkan cadar dan comforter satu tempat , jadi kalau nak berganti senang nak cari . Kebanyakkannya semua yang arwah ibu dah siap beli . Ikutkan ain ni mana la pandai nak membeli set cadar dan comforter ni kalau bukan mak mak yang akan beli .

hias bilik tidur



Cuma nya dulu rumah tak teratur , tak letak setempat jadi mungkin sebab tu pemalas nak tukar . Sekarang ain dah memang letak setempat . Set untuk tilam dan bantal memang warna putih tu ain combine kan sekali dengan set comforter beserta satu sarung bantal . Jadinya tak la nampak pucat putih gitu je . 

Korang try la juga untuk kerap tukarkan sarung bantal dan cadar tu . Sebab itu kan tempat tidur , dan tempat berkumpul air liur 🤭 Hahaha . Jadinya , nak bersih kena la selalu tukar yer!  Nak kata macam hotel tu , boleh la hotel bajet mungkin . Hahaha . Nak tunggu check in hotel lambat nau , jadinya check in bilik sendiri jela dulu kan . Itu pun guna apa yang ada je . 

Post a Comment

2 Comments

  1. Cantik dan kemas, suka tips kumpul semua cadar yang ada. Tq

    ReplyDelete
  2. Yang penting, selesaaa gituuu!!!!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.