Mulakan Hari Dengan Brisk Walk !

morning walk sheisfarahain



Assalamualaikum .. Selalu nya morning walk hari jumaat dan sabtu . Semenjak dua menjak ni , kalau tak nak morning walk main badminton . Tapi only for hari cuti dan tak ada pdpr la .

Pastu ain nak take a challenge sebab rasa kalau dapat morning walk walaupun 20-30 minit kan badan akan rasa segar . Jadinya ain tanya dengan teman kecil ku merangkap anak jiran iaitu Farisya . Ain tanya dia okay ke kalau morning walk sekejap je on hari weekdays gitu . Dia cakap okay ! Sebabnya memang dia bangun awal . One thing yang bagus nya Farisya ni dia bangun awal , senang kejut dia . Nanti lepastu dia yang akan teman baba dan mama nya beli breakfast . 
ootd sheisfarahain


So far rasa seronok dapat bangun awal pagi dan ada kesempatan untuk brisk walk . Korang try lah ! Kalau tak dapat pagi , buat la waktu petang.  Brisk walk ni bagus untuk kesihatan . Jangan la terus buat 5 km . Pengsan dan kejung kaki terus . Buat dulu ikut keselesaan dan keupayaan masing masing . Brisk walk ni bagus juga untuk kuat kan otot pada kaki kita memandangkan kita dah lama memerap di rumah . Pergerakan dah terbatas kan , jadi apa salah nya luangkan sedikit masa . Tak lama pun ! 

sheisfarahain bersama anak jiran



Ingat ! Kesihatan ni lah yang paling penting yang perlu dijaga oleh kita .

Post a Comment

1 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.