Pengalaman Bercuti 2 Hari 1 Malam Di Amansari Hotel Desaru

hotel amansari desaru depan


Assalamualaikum . Memandangkan kelonggaran merentas negeri telah di war-warkan , ramai mengambil kesempatan untuk bertemu dengan kawan - kawan serta keluarga tersayang . Bukan itu sahaja , selepas berkurung terperap di rumah hampir dua tahun , kebenaran merentas negeri ini pasti membuka dan merancakkan kembali aktiviti perlancongan . Jadi nya , ain tak lepaskan peluang untuk melancong di dalam negeri Johor . Nak tahu kemana ain ? Jawapannya ialah ke Desaru . Apa yang pasti , orang selalu la sibuk bercakap tentang tempat menarik di Desaru kan . Jom tengok kemana ain pergi sepanjang percutian dua hari satu malam di Desaru  Kota Tinggi Johor . 

Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, berhadapan dengan Laut China Selatan. Jadi nya , tidak hairan la kenapa Desaru menjadi tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong dan bercuti . Ain memulakan perjalanan dari Johor Bahru ke Desaru dengan melalui Jambatan Sungai Johor . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung kepada kesesakan lalu lintas .

bangunan hotel amansari desaru


Sampai sahaja keluar dari tol memang akan senang nampak hotel yang ain pilih untuk menginap . Apa dia hotel itu ? Hotel Amansari Desaru . Senang dan mudah untuk mencari hotel ini . Walaupun hotel ini tidak menghadap sea view , namun Hotel Amansari Desaru ini punya kelebihan yang tersendiri . Antaranya ialah berdekatan dengan stesen minyak Petronas , kedai - kedai makan serta sangat dengan SKS City Mall  . 

SKS City Mall merupakan antara pusat membeli belah yang terbesar di Bandar Penawar . Jadinya , bila anda menginap di Hotel Amansari Desaru ini , nak jalan kaki pun dah boleh sampai ke SKS City Mall ni . Mana la tahu kan ada tertinggal barang keperluan kan jadinya boleh masuk ke sini .

makan tengah hari di hotel amansari desaru


blogger farahudahud dan sheisfarahain


Untuk anda yang mencari hotel pada harga murah dan bajet , jadikan Hotel Amansari Desaru ini sebagai pilihan . Kenapa ? Boleh dikatakan banyak hotel hotel dan tempat penginapan di Desaru ini menawarkan harga yang tinggi dan mahal kerana berdekatan dengan laut dan pantai . Walaupun begitu , ianya agak ke dalam dan jauh dari bandar penawar manakala di Hotel Amansari Desaru ini memang sangat dekat dengan lebuh raya serta kemudahan kemudahan yang lain .

desaru waterpark sayadijohor

jdt blogger bersiap untuk ke desaru waterpark

jdt blogger di adventure waterpark

promosi desaru waterpark


Selain daripada ke Pantai Desaru untuk bermandi manda , bbq , berkelah terdapat juga satu tempat menarik yang ada di Desaru ini iaitu Desaru Coast Adventure Waterpark . Jadinya , pelancong yang datang ke Desaru selain dari menikmati pemandangan laut dan pantai , mereka juga akan bermandi - manda di Desaru Coast Adventure Waterpark ini . Tambahan pula , Hotel Amansari telah mengadakan pakej percutian dua hari satu malam berserta tiket masuk ke waterpark ini . Wah ! Seronok nya kan ! 

Pakej bermula dengan harga RM 230 . Pakej ini beserta dengan 1 Superior Room untuk dua orang , buffet breakfast untuk dua orang , dua keping tiket masuk ke Desaru Coast Adventure Waterpark . Promosi ini sehingga 5 Disember 2021 . *Tertakluk kepada terma dan syarat .

coffee table hotel amansari desaru

katil family suite hotel amansari desaru

katil selesa untuk keluarga hotel amansari

ruang tamu family suite hotel amansari

sheisfarahain check in hotel desaru amansari

sheisfarahain desaru johor

sheisfarahain di desaru kota tinggi

sheisfarahain di desaru

sheisfarahain di hotel amansari desaru

slider family suite hotel amansari desaru

sofa bed hotel amansari desaru

tandas hotel amansari desaru

buffet dinner di hotel amansari desaru

jdt blogger

breakfast sedap di hotel amansari desaru

Bilik yang ain menginap pula nama nya Family Suite . Family Suite ini sesuai untuk yang bercuti bersama keluarga . Luas , selesa dan mempunyai ruang tamu serta sofa yang disediakan ialah  berfungsi sebagai sofa bed . Jadinya , boleh dijadikan sekali ruang untuk tidur . Dalam bilik Family Suite di Hotel Amansari Desaru ni best sebab ada dua aircond tau , satu dibahagian ruang tidur yang mempunyai katil manakala satu lagi di ruang tamu . 

Oh lupa ain nak bagitahu , memandangkan ain mengikuti trip ini bersama dengan rakan rakan dari JDT Blogger , jadinya pihak hotel menyediakan makan tengah hari selepas ain check in dan juga semasa makan malam . Jadinya kepada anda semua yang ingin membuat seminar , trip percutian company dan dalam berkumpulan , boleh la terus berhubung dan bertanya kepada pihak Hotel Amansari Desaru ini . *Apa yang ain boleh kata kan , makanan nya sangat sedap bermula dari lunch , dinner dan juga breakfast ! Tidur pun selesa ! Hotel pun dekat je dengan SKS City Mall serta kedai - kedai makan yang berdekatan . Sangat berpuas hati !

Jadi , apa tunggu lagi ? Jika anda memang mencari pakej berbaloi , murah dan bajet untuk melancong di Desaru Kota Tinggi , jadikan Hotel Amansari Desaru sebagai hotel pilihan anda okay !

jdt blogger di hotel amansari desaru


Hotel Amansari Desaru
No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor
07-828 0200

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Balasan
    1. tq ! kalau boleh nak bercuti hari hari .. hehehhw

      Padam
  2. woww tassabarrrr nak pergi staycation kat sini!

    BalasPadam
  3. seronok bila dapat berkumpul sama² kan..😍😍

    BalasPadam
  4. Kemain posing dia.. nanti kalau Laki keje Penggerang nak ikut laaa, boleh suruh tinggal Bini sini, nak pi makan shushi kat SKS hahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.