Tak Ada Astro Nak Layan Drama? Takpe..Boleh je tonton di Sooka

website sooka

Assalamualaikum . Hampir seminggu juga la ain tak sihat . Memang lemah je badan tak bermaya . Ubatnya memang berehat la kan . Mungkin badan terlampau penat sangat kan . Tapi , berehat je dekat rumah memang teramat la bosan sangat . Bosan sangat sebab ain ni jenis aktif . Mesti nak kena buat aktiviti juga supaya nak elak rasa bosan ni .

Bila tak sihat ni , otak jadi jem nak buat kerja apa pun tak boleh . Kena rehat kan ! Jadi rehatkan otak dengan marathon drama . Fikir punya fikir nak melayan drama apa kan sebab rasanya dah lama tak melayan drama melayu . Tv dekat rumah tu dah jadi perhiasan je . Terbuka pun kalau ada ramai orang di rumah kalau tak memang tertutup la . 

setelah terlafaznya akad


Cari punya cari nak melayan drama apa , teringat pula drama Setelah Terlafaznya Akad . Drama lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose . Memandangkan nama mereka ini tengah hangat sebab baru berkahwin , jadi nya ain pun cari la  full drama . By the way , ain sebenarnya dah pernah marathon dah drama ni  . Bukan sekali yer tapi dah berkali - kali juga . Hahahaha . Bukan itu sahaja , ain ni memang minat dekat Kamal Adli ni . hehehe.

Dulu , kita main masuk je website yang entah apa - apa (cetak rompak). Tapi , kali ini ain tengok di Sooka . Mula -mula ingat kena install apps je eh rupanya boleh juga tengok melalui web (kalau nak tengok dari laptop atau komputer)

Free ke berbayar? Ada yang free ada yang kena bayar . Macam drama Setelah Terlafaznya Akad ni secara percuma je ain tengok .

Okay la dapat menghilangkan rasa bosan dan melayan badan yang tengah tak sihat ni kan . 


website : sooka

Catat Ulasan

1 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.