Aku Kemas Baju Yang Banyak

cara kemas baju yang banyak

 

Assalamualaikum . Beberapa hari lepas aku kemas baju yang banyak di almari tu . Almari ain ni jenis slider yang slide ke kiri kanan gitu untuk buka. Tapi , ain rasa annoying sangat nak slide slide jadinya ain buka slider tu dan letak belakang almari tu . Jadi la almari ain berbogel macam dalam gambar tu tak bertutup .

Ain dah mula rasa bersepah dah ni baju dah tak teratur . Maksudnya , baju dah terlampau banyak dan tak terurus dengan baik . Its time to declutter ! Apa maksud declutter itu ?

Declutter mean : remove unnecessary items from (an untidy or overcrowded place)

Bahasa mudah nya , hang pi asingkan je la mana barang yang nak simpan atau pakai lagi dan asingkan mana barang yang dah tak nak .

Susah atau tidak nak declutter ni ?

Susah kepada mereka yang ada masalah hoarding disorder . Okay itu apa pula ni ? Ini sejenis penyakit yer . HAHAHHAA .

Hoarding Disorder : a persistent difficulty discarding or parting with possessions because of a perceived need to save them. 

Bahasa mudahnya penyakit suka simpan barang , terlampau sayang barang , dia punya simpan barang tu sampai penuh satu ruang rumah dan tak nak buang dan bersihkan langsung kerana pada nya barang tersebut punya kenangan yang tersendiri . I use to be that person sebelum sebelum ini . PEH ! SERABUT TAU ADA PERANGAI MACAM GINI I TELL YOU~~

Kini tak lagi . Hehehe . 

Ain kongsikan beberapa tips macam mana ain kemas baju yang banyak tu :

  1. Jangan letak semua baju , seluar , tudung di ruangan gantung . Bila kita biarkan dia dekat hanger tu memang jawabnya kita akan malas dah nak melipat .
  2. Lipat ikut kategori dan asingkan mana baju , seluar dan sebagainya . Kalau boleh asing lagi details . Macam ain , ruang tshirt siap asing ikut kategori ( selalu guna , jarang guna dan lengan pendek serta lengan panjang ) . 
  3. Sebelum nak shopping baju ke seluar ke atau tudung dan segala outfit lah kan , make sure jadi kan habit untuk buat clearance dulu di almari . Fikir yang mana aku nak campak baju seluar dan segala mak nenek pakaian yang dulu ni . JANGAN HANG DOK TAMBAH ALMARI LAH KOTAK LAH KAN .. MEMANG MAKIN BERTIMBUN LA NANTI (SENGAJA BESARKAN FONT) HAHAHA.
  4. Belajar move on ! Ain sekarang anggap segala pakaian ini pun sebagai rezeki . Percaya atau tidak bila kita start asingkan barang yang kita sayang dan belajar memberikan kepada yang lain , akan ada lagi rezeki lain yang akan datang kepada kita . Macam ain kan memang minat bundle tau , kadang nanti ada je yang nak bagi koleksi bundle diorang dekat ain . So , untuk menerima rezeki Tuhan yang lagi baik , belajar memberi kan apa yang terbaik dari kita kepada yang memerlukan.
Banyak je sebenarnya tempat perkumpulan baju baju terpakai yang mana kalau kita dah tak nak , letak je nanti ada la pihak yang akan uruskan . Boleh nampak kan satu plastik penuh ain tu dah termasuk baju , seluar , tudung yang ain dah memang tak nak pakai . 

declutter baju



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. saya paling malas melepek bab lipat baju haha

    BalasPadam
  2. Menarik entry ni, tips yg bagus. Tp sis saya dah kurangkan juga, still bnyk 😅. Baju jalan/kurung still gantung. Baju daily kat rumah, tudung and certain kita lipat je. Haha. Huda jenis susun ikut first in first out 😆 (kalau gantung baju), kalau lipat lebih kurang gak. So rasa mcm ohhh bnyk baju aku. Jd takdela bosan asyik “pakai baju sama” ✌🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow.. Macam kat tempat kerja... ada first in, first out.. FIFO... gituhhh... Haha

      Padam
  3. Me... ada penyakit tuuuu!!!! Ishhh... tak boleh jadik nihhh.... tapi mmg ada yg dh bg org len pun

    BalasPadam
  4. ain ..meh tolong kemas almari Cik Nor skali..hihi

    BalasPadam
  5. Ooo Sis plak tak suka lemari baju takde pintu, rimas mata..
    Dah kosong ek, nak baju, mai sini amik hahahaha

    BalasPadam
  6. hahahhaha dalam tu mesti ade baju2 dari beg lexis kann...wakakakak

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.