13 PERKARA PERLU BUAT SEBELUM KAHWIN

13 PERKARA PERLU BUAT SEBELUM KAHWIN | Siapa je yang tak happy bila bercakap tentang perkahwinan. Semuanya kalau boleh nak buat majlis perkahwinan yang paling terbaik dan paling dream wedding orang katakan . Namun , perlu beringat harus ukur baju dibadan sendiri dan juga mengikut kemampuan kewangan juga . Jangan kerana nak majlis yang didatangi ramai tetamu dan pelamin yang mahal sampai sanggup berhutang ratusan ribu ringgit.  

Terbaca perkongsian di laman Facebook dari Leena Hassan yang berkongsikan tentang perkara paling asas kena buat sebelum kahwin iaitu bajet . Berikut diterangkan 13 perkara yang memfokuskan kepada bajet yang perlu dibuat sebelum kahwin . 


13 PERKARA PERLU BUAT SEBELUM KAHWIN

13 PERKARA TENTANG BAJET YANG PERLU BUAT SEBELUM KAHWIN

  • 1. Buatlah bajet yang lengkap

Lagi detail bajet, lagi bagus dari benda sebesar-besar kenduri, jurugambar, barang hantaran, pelamin sampailah  sekecil-kecil benda macam duit mas kahwin yang wajib tu, kos mak andam, kos gubahan, upah jurunikah dan lain-lain.

  • 2. Generate checklist

Daripada bajet yang detail tu, automatik akan generate checklist untuk pembelian barang-barang keperluan kahwin nanti.

  • 3. Asingkan bajet untuk sebelah lelaki dan perempuan

Pastikan asing bajet untuk belah lelaki dan perempuan supaya masing-masing sedar diri dan tahu keupayaan poket masing-masing.


Baca juga : Bridemaids Untuk 4 Tahun 


  • 4. Buat anggaran dari list bajet

Sebelum tidur malam , work out lah untuk anggarkan kos masing-masing dan isikan kos setiap item dalam list budget.

  • 5. Kongsi bajet yang ditulis bersama pasangan 

Kongsi bajet yang ditulis bersama pasangan dan terus terang kemampuan diri. Paling penting capai kata sepakat jangan masing-masing tak ada komunikasi. Dari sinilah nak belajar tolak ansur.

  • 6. Sepadankan duit yang ada dengan bajet yang telah dibuat

Yang paling penting sepadankan duit dalam poket dengan bajet.

Jangan bajet kahwin ala-ala kayangan dalam rancangan Nona tapi duit sebenar dalam poket ada RM10,000.00 sahaja. Itu yang nanti menyanyi lagu "Pelamin Anganku Musnah".

  • 7. Patuh pada bajet yang telah dibuat

Jadikan bajet itu sebagai tangkal azimat dalam menuju persiapan kahwin.

Pegang ketat-ketat dan patuh bajet itu dalam memilih barang-barang persiapan.


  • 8. Rekod setiap perbelanjaan sebenar

Setiap benda yang telah dibeli atau ditempah tulis perbelanjaan sebenar / actual cost.

  • 9. Rekod kos actual dan kos bajet 

Lagi rendah 'actual' daripada 'budget' lagi bagus (contoh, bajet beli jam RM700, tapi beli sebenar RM550.00).

Penjimatan tadi itulah yang akan digunakan untuk menampung item-item lain yang kos sebenarnya melebihi kos bajet (contoh, bajet cincin nikah RM900.00 tapi kos sebenar RM1200.00).

  • 10. Bincang dan kata sepakat bersama

Bincang dengan pasangan perempuan kalau si lelaki tu dah nampak akan kering selepas majlis.

  • 11. Berfikir panjang

Cuba fikir panjang masa memilih barang sama ada boleh pilih alternative yang lagi menjimatkan atau tak.

Terutamanya barang-barang branded. Jangan nak fikir sangat apa orang kata. Bukan diorang bayarkan pun.

  • 12. Utamakan perkara yang paling penting

Tak payah nak belanja teruk-teruk sangat. Tak payah buat 2-3 custom album gambar kahwin crystal bagai yang kos beribu-ribu, akhirnya terperuk dalam stor je.

Ataupun kad kahwin ditempah di Bandung yang akhirnya dibuang juga.

Apatah lagi pelamin kahwin tersergam indah demi kepuasan diri untuk menagih pujian hadirin.

Bagi saya yang paling penting makanan, walaupun simple tapi sedap – itu yang akan dikenang dan menjadi sebutan.

  • 13. Letak sikit bajet contingency 

Letak sikit bajet contingency kalau-kalau ada kecemasan atau item miscellaneous yang tak diduga.

Pokoknya kalau berkemampuan go on je, tapi kalau acah-acah mampu tu, insaflah. 


Pstt : Ain dah nak kahwin ke ni ehk ? Tetiba kongsi artikel yang macam gini . Kihkihkih . Jawapannya , tak jumpa jodoh lagi la . Mana tahu selalu baca dan kongsi perkara yang berkaitan dengan perkahwinan lalu Allah jumpakan jodoh kan . Mana nak tahu kan . Kihkihkih. 

Kalau ditanya mengenai dream wedding ain , ain nak buat paling simple dan tak nak buat majlis besar-besaran . Dulu ain pun teringin nak pelamin yang gah , jemputan ramai la sekarang bila tengok majlis perkahwinan orang kan , ain rasa lebih baik ikut poket sendiri la . Apa yang paling penting selepas berkahwin , nak hidup bersama dengan pasangan itu jauh lebih penting. Doakan yang baik baik untuk Ain !💓

Baca juga artikel yang berkaitan : Cara Posing Untuk Pengantin

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sejak kehadiran kobid ni,
    majlis kahwin orang buat ala kadar aje

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.