OH ! MACAM GINI RUPANYA CARA SEBENAR PILIH TEMPLATE BLOG | Begitu la perkataan yang pertama kali terkeluar dari mulut ain ! Selama ni main hentam je pilih blog , asal nampak cantik dimata kita terus pilih dan edit . Untuk pengetahuan , ain up artikel ni dari pandangan seorang blogger yang tak tahu langsung mengenai coding html pada blogger . Tapi , untuk beberapa minggu ni ain merajinkan diri untuk bedah siasat dan perbaiki kelemahan pada blog akuainkausiapa ini .
Menerusi perkongsian dari artikel Blogger Sii Nurul yang menceritakan tentang macam mana cara sebenar memilih template . Jadi , ain olah sedikit mengikut kefahaman ain okay ! Disini ain kongsikan 3 cara mudah untuk memilih template yang sesuai untuk blog anda.
Sebelum itu , ain pun sama je macam blogger yang beginner walaupun hakikatnya ain dah lama menulis di blog , cumanya selama ni tak pernah ambil serius mengenai hal hal teknikal blog . Template blog ain sebelum ni memang banyak di edit oleh kawan - kawan blogger terutama dari geng JDT Blogger . Ini kerana , ain memang tak pandai langsung nak godek coding html tu .
Tapi , tiga cara mudah ini harapnya dapat membantu korang yang tercari template yang sesuai dengan blog korang .
Baca kisah aku dapat sijil Go Digital Asean
3 CARA MUDAH PILIH TEMPLATE BLOG
- Pilih template mengikut niche blog
Ini adalah perkara paling penting dan selama ni pun ain tak terfikir nak fokus kan tentang perkara ni . Selama ni , jenis main pilih nampak cantik , yang penting nak warna pink (warna kegemaran) . Lepastu tak fikir pun pandangan mata orang yang nak membaca tu nanti . Kihkihkih . Ain bagi contoh pada blog ain yer , lebih mudah dan jelas.
Ain guna template blog yang percuma di website Way2Themes . Ain pilih template yang nama nya Elegance Minimal Blogger Template.
2. Baca descriptions mengenai template yang dipilih
Inilah yang ain terlepas pandang selama ni . Selepas membaca artikel perkongsian dari Blogger Sii Nurul baru la ain take note . Selama ni kan lepas dah pilih template mana yang berkenan terus je download dan start meng edit . Kahkahkah! Patut la terkial - kial nak fahamkan susunan blog .
Daripada descriptions ni la kita makin jelas penerangan dan details lengkap mengenai template tersebut . Dibawah gambar ni ain dah line kan point kenapa ain pilih template blog ini . Jadinya , sebelum download template digalakkan untuk membaca terlebih dahulu descriptions tentang template tersebut.
3. Tengok video tutorial yang telah disediakan
Ini lagi satu perkara yang ain terlepas pandang . Selama ni memang selepas je dah download terus je edit . Tak pernah nak belek dulu tutorial yang diberikan . Lepas dah edit , ada error terus blur dan gelabah kepala otak tak tahu nak buat apa . HAHAHA . Penat la pereka cipta template ni dah siap-siap buat kan tutorial untuk kita , tapi kita tak tengok pun tutorialnya . Kihkihkih.
Kesimpulannya , ini la 3 cara mudah untuk korang memilih template blog . Ain pun masih lagi belajar mendalami ilmu- ilmu teknikal blog. Lepas ni , nak memahamkan pula tentang SEO dan keywords . Maaf la kalau blogger yang dah otai baca artikel ni mesti gelakkan je ain ."Budak ni memang betul betul noob ni" .
Main pilih je masa buat blog... lepas tu sampai sekarang tak edit dah...
BalasPadamKita pun dah lama blogging ni tapi part nak edit ni memang fail..huhuhu..tau nya log in terus type..sebab takut idea nak tulis lost in the jungle.hihihi...
BalasPadam