Aku Delete Semua Spam Komen Di Blog !

 
Aku Delete Semua Spam Komen Di Blog !

Aku Delete Semua Spam Komen Di Blog ! | Assalamualaikum . Salam hari ahad . Wah , hari ahad pun ada salam jugak ehk selalu salam jumaat je kan . Kisahnya , pagi ni lepas ain dah joging dan sarapan pagi , terasa nak buka laptop sekejap . Konon sekejap je know know dah sejam lebih , ain delete semua spam komen di blog .


Rupa - rupanya spam komen di blog akuainkausiapa ni melambak ehk . Melambak lambak sampai mengantuk juga nak delete seketul seketul . Spam komen mula berlegar -legar semenjak tahun 2019 . Nampak paling banyak pada tahun tersebut . Antara spam komen yang masuk di blog ain ialah : iklan judi , iklan karangan panjang mintak bantuan , kebanyakkannya dari Indonesia dan juga mat saleh serta pak arab mana entah . Sumpah la komen spam ni macam virus pun yer ehk sebabnya kan komen komen tu berulang - ulang dan datang dari user internet yang sama .


cara delete komen di blog

spam komen



  • Kenapa kena delete spam komen ? 
Tertimbul juga persoalan di kepala otak ini , tapi mengikut pandangan ain untuk memperbaiki kualiti blog kita . Yela , kalau terlampau banyak sangat spam yang masuk , pasti Google merasakan blog ini teruk tak berkualiti , tak ada effort nak perbaiki prestasi , tak aktif sebab tak ambil apa - apa tindakan kepada spam komen tersebut .


Ain ni tak pandai langsung dan memang kategori noob dalam teknikal blogging ni . Banyak tanya kepada kawan kawan blogger dan selalunya menjadi rujukan ain semestinya kawan kawan JDT Blogger .

  • Cara nak delete spam komen ?
Ain pergi ke ruangan komen dan scrol la satu satu . Bila mata ni nampak je komen spam , terus click dan delete forever . Buat la satu persatu sampai rasa mengantuk juga tapi buka lagu kuat - kuat dan sedar tak sedar dah dekat sejam lebih ain delete semua spam komen tu . Dulu - dulu ain main biarkan je . Hahaha . Sebab macam tak ambil peduli tentang prestasi blog . Sekarang , rasa nak take serious dalam menjaga kualiti dan prestasi blog akuainkausiapa ni . Walaupun belum bertaraf blogger yang popular . KAH ! 

spam komen



*Next step , ain nak perbaiki gambar gambar yang rosak dan link link yang bermasalah dalam setiap article yang ain dah post ! Fuh ~ Penat tau , tapi tak apa , buat slow slow lama - lama siap juga nanti kan . 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Lorr engko tak pernah check ke? Sis hari-hari check oii.. tu yang menyebabkan broken link melambak kalau tak delete hohohohoh

    BalasPadam
  2. bagus tau cek spam komen ni, broken link tu nanti jenuh nak delete satu satu

    BalasPadam
  3. Hai.. macam mana nak padam spam komen sebab takde butang delete pon 😢

    BalasPadam
  4. ye betul, huda pun hari tu beria delete. ni ada lagi hahaha masih tak check. sebab tu huda buat comment utk diapprove dulu, untuk mengelakkan kejadian spamming comment. tapi yg lama lama comment still ada lagi, huhu.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.