PUNCA EYEBAG DAN CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN CEPAT

PUNCA EYEBAG DAN CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN CEPAT | Mata dah sebijik macam mata panda ! Mak oi , kemain besar ehk eyebag kau tu ! Bila senyum je automatik nampak berat yer mata tu . Begitu la perasaan orang yang ada masalah eyebag di muka . Begitu la juga dengan diri ain . Eyebag ain ni memang jelas kelihatan. Terus rasa terfikir , apakah sebenarnya punca eyebag ni dan kalau boleh nak hilangkan terus eyebag ni dengan cepat . Rasa annoying sangat tau kalau nak berselfie .


Definisi eyebag ialah puffiness and dark circles under the eyes, caused by lack of sleep, etc.


Menurut sumber dari website The Rohani dan Semakanonline menyatakan  , punca eyebag adalah disebabkan oleh :

  • Tidak cukup tidur
  • Tabiat suka merokok
  • Mengambilan garam berlebihan
  • Faktor keturunan


        Punca paling utama sudah semestinya ialah tidak cukup tidur . Jujurnya , ini juga antara punca kenapa ain ada eyebag . Ain kerap kali mengalami masalah susah nak tidur atau dipanggil masalah insomnia . Masalah insomnia ini boleh berlarutan kalau tidak dicegah . Masalah insomnia ni macam orang panggil "burung hantu" la ! Berjaga dimalam hari dan siang hari membuta . HAHAHA . 


        CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN CEPAT


        Baca kisah aku yang mengalami masalah insomnia


        Tapi , masalah tidak cukup tidur ni ain dah boleh atasinya. Antara kaedah yang ain lakukan ialah :


        Tiga artikel diatas menceritakan cara mudah untuk senang tidur dan atasi masalah tidur . Tapi , ada juga cara lain yang ain lakukan untuk lebih mudah tidur . Kenapa ditekankan tentang masalah tidur ini ? Ini kerana tidak mendapatkan tidur yang cukup dan tidur yang tidak berkualiti akan menyebabkan berlakunya eyebag tersebut . Jadi  , sampai bila kan kita nak eyebag tu asyik dok ada je dekat bawah mata kita kan ? Jom tengok step seterusnya macam mana cara ain mengatasi masalah susah nak tidur .


        CARA NAK HILANGKAN EYEBAG
        mata ain yang masih ada eyebag ! nak selfie pun rasa sendu jer..


        Cara untuk buat badan kita automatik rasa mengantuk dan penat dimalam hari ialah exercise di pagi hari dan juga kadang membuat aktiviti santai di sebelah petang bersama anak jiran . Antara aktiviti yang ain lakukan ialah :



        Bila kita dah meng aktifkan tubuh badan kita , nanti waktu malam automatik akan mudah tidur . Berbalik semula kepada cara untuk hilangkan eyebag dengan cepat , antara caranya ialah :

        • Guna kan ais

        Masukkan beberapa ketul ais kecil ke dalam uncang kain dan tekapkan pada sekitar bahagian mata. Ulang dan lakukan dengan kerap sehingga ais mencair.


        • Masker Timun

        Timun sememangnya popular untuk kegunaan kecantikan kerana mengandungi air dan antioksidan yang tinggi. Ianya membantu melembapkan kulit supaya menjadi lebih segar.

            Caranya ialah dengan mengambil hirisan timun yang nipis dan letakkan di kedua-dua belah mata. Selain boleh juga jadikan timun dalam bentuk jus dan ratakan ke kulit muka kemudian biarkan sehingga kering.


            • Pakai Facial Mask

            Selepas mencuci muka , boleh la juga meletakkan mask di muka dan biarkan beberapa minit. Selepas itu , automatik muka kita akan rasa fresh dan glowing . Pastikan cari facial mask yang bersesuaian dengan kulit muka .


            Kesimpulannya , ini lah antara cara mudah untuk menghilangkan eyebag . Ain pun masih juga cuba nak menghilangkan nya . Namun demikian , tak bermakna mata kita ada eyebag kita tak nampak comel dan cantik . Setiap manusia ada je keistimewaan dan kecantikan yang tersendiri . Just be confident of yourself okay !

            Catat Ulasan

            2 Ulasan

            1. Ammi pun ada eyebag sedari usia mid 20s... mula2 sebelah kanan je lepas tu ke kiri pulak. letaklah ais, teh, timun bagai semua tak jalan...redho jelah Allah nak bagi kita "bag" yang ini

              BalasPadam
            2. thanks for sharing. amalkan pakai eye cream dari muda

              BalasPadam

            Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.